Keburukan penggunaan vape terbukti apabila satu lagi insiden berlaku di sebuah bilik tidur di rumah dua tingkat berkembar di Oldbury, West Midlands terbakar gara-gara rokok elektronik itu meletup.
Mail Online melaporkan, kebakaran itu terjadi selepas vape berkenaan yang sedang dicas secara tiba-tiba meletup. Kebakaran berlaku disebabkan masalah bateri litium pada vape tersebut. Beberapa gambar yang dikeluarkan oleh Stesen Bomba Oldbury menunjukkan berlaku kerosakan teruk di bilik tidur utama di tingkat pertama rumah berkenaan. Sementara itu, anggota Pasukan Penyiasatan London Fire Brigade, Charles Pugsley berkata, orang ramai sering tersalah anggap bahawa vape adalah lebih selamat berbanding rokok biasa. “Pengguna kadangkala menggunakan pengecas yang kurang sesuai sehingga menyebabkan vape tersebut terlebih cas dan meletup."
Penjual vape digesa agar menjual pengecas yang bersesuaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini sebegitu berulang lagi.- CARI |
30
Bagus |
16
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
4
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 28-2-2017 02:49 PM
kan dah kataa.....
ADVERTISEMENT