CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Oscar Bikin Gamat, Pengacara Tersalah Umum Filem Terbaik

27-2-2017 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12368| Komen: 53|Original author: Oleh: Maly Rosli

Segala penantian dan debaran keputusan Anugerah Akademi ke-89 sudahpun berakhir. Bukan sahaja pemenang yang pulang dengan senyuman kegembiraan, malah finalis yang gagal membawa pulang trofi juga masih boleh tersenyum puas dengan ganjaran bernilai RM100,000 seorang. 



Video: ABC News

Pun begitu, tak semua acara akan berjalan sempurna. Ketika mengumumkan pemenang bagi Anugerah Filem Terbaik, pengacaranya Warren Beatty dan Faye Dunaway tersilap mengumumkan La La Land sebagai pemenangnya.

Sedikit kalut apabila ucapan daripada bintang dan penerbit filem La La Land dihentikan dan mereka terpaksa menyerahkan trofi mereka kepada barisan pelakon filem Moonlight.


"Berlaku kesilapan di sini. Moonlight, kamu menang Filem Terbaik, ini bukan gurauan," kata penerbit, Jordan Horowitz yang kemudiaannya menunjukkan kad nama pemenang kepada para penonton.


Foto: ABC News

Manakala, Faye Dunaway menjelaskan kesilapan itu berlaku kerana dia diberi kad yang salah iaitu kad yang tertera nama Emma Stone yang baru sahaja memenangi Anugerah Aktres Terbaik berserta nama filemnya (La La Land).

"Saya nak jelaskan apa yang telah berlaku. Sebaik sahaja saya buka sampul, tertera nama Emma Stone, La La Land. Bukan niat saya nak buat lawak," katanya.


Foto: (Moonlight) Reuters

Selain Filem Terbaik, Moonlight juga menang Anugerah Lakonlayar Adaptasi Terbaik sementara filem Manchester by the Sea menang Anugerah Lakonlayar Terbaik.

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, La La Land turut mengungguli empat lagi anugerah iaitu Anugerah Pengarah Terbaik, Lagu Original Terbaik, Muzik Terbaik, serta Sinematografi Terbaik.

Tidak dilupakan juga Casey Affleck yang menang Anugerah Aktor Terbaik bagi filem Manchester by the Sea.

Tak mengapalah tersasul sekali-sekala. Benda dah jadi, nak buat macam mana kan? Yang penting pemenang dan finalis pulang dengan habuan masing-masing. - CARI


Senarai Pemenang Oscar 2017:

Filem Terbaik : Moonlight
Pelakon Lelaki Terbaik : Casey Affleck (Manchester by the Sea)
Pelakon Wanita Terbaik : Emma Stone (La La Land)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Mahershala Ali (Moonlight)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Viola Davis (Fences)
Pengarah Terbaik : Damien Chazelle (La La Land)
Lakon layar Adaptasi Terbaik: Moonlight 
Lakon Layar Asal Terbaik : Manchester by the Sea
Lagu Terbaik: City of Stars (La La Land)
Muzik Terbaik: La La Land
Sinematografi Terbaik : La La Land 
Filem Pendek (live action) Terbaik: Sing
Filem Animasi Terbaik : Zootopia
Rekaan Kostum Terbaik : Fantastic Beasts and Where to Find Them 
Solekan dan dandanan Rambut Terbaik : Suicide Squad 


15

Bagus
26

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
23

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 27-2-2017 02:36 PM
Rm100k je.. biar betul
Quote Orix 27-2-2017 02:50 PM
cmne kad best actress boleh ada 2? bukan ke kad yg tertera pemenangnya, pemenangnya angkut sekali kad tu dgan trofi? cmne boleh ad kt tangan diorg pulak sinve best actress dh diumum dlu? takkan si emma tu pegi passing kad dia dekat Warren n Faye?

anyway, kbyakan pemenang still org kulit putih.. even moonlight cite org kulit hitam, mesti ad yg x puas hati lg..
Quote Apai90 27-2-2017 02:57 PM










     
Quote hanakikan 27-2-2017 02:59 PM
hehe.......
Quote dauswq 27-2-2017 03:49 PM
Orix replied at 27-2-2017 02:50 PM
cmne kad best actress boleh ada 2? bukan ke kad yg tertera pemenangnya, pemenangnya angkut sekali ka ...

tukang bg card salah bg sampul..
kad emma stone tu reprint 2 kali kot
Quote EncikRhoma 27-2-2017 04:09 PM
siapa dah tengok moonlight?? Best ke ceritanye?? Nak download takut tak best pulak. Buang data je
Quote Aizuzu 27-2-2017 04:21 PM
Kesian plak. Tp Tula Dah silap nak wat mcm mana
Quote CrowneGlory 27-2-2017 05:00 PM
Edited by CrowneGlory at 27-2-2017 05:04 PM

bg lagi retis2 separa nyanyuk announce.... yg penting abam botak mmg hangin hbs...main rentap jah kertas tu dr tgn kasanova kertu warren beatty....
nmpk mcm nk dihempuknya kepala si warren dgn patung oscar tu...
Quote exclusive_vvip 27-2-2017 06:41 PM
CrowneGlory replied at 27-2-2017 05:00 PM
bg lagi retis2 separa nyanyuk announce.... yg penting abam botak mmg hangin hbs...main rentap jah ke ...

kesian pulak i tgk atuk warren beatty tu....mmg hangin la kan si botak tu..kalu tgk versi tgh berucap tu, nampak gaya mcm warren beatty nak gi buat announcement semula...tpi si botak tu cepat2 gi announce...mungkin pride dia sebagai producer gak kot...better aku sendiri yg buat announcement,kurang malu sikit..mungkin tu la kot dia pikir...
Quote babydoll 27-2-2017 07:53 PM

i rasa artikel ni salah. bukan RM 100,000. tapi USD100,000. smlm i ada tgk video diorng tunjuk barang ape yg dlm goodie bag utk nominee. byk gile!
Quote Shirley23 27-2-2017 08:48 PM
Edited by Shirley23 at 27-2-2017 08:52 PM

I kecewa sebab La La Land tak menang kategori best picture. Sebaik diumum La La Land sebagai best picture tetiba ehh Moonlight sebenarnya menang, I was like WTF moonlight menang ??? Sayangnya La La Land kalah dalam kategori tu, kalau lah menang, what a huge success to the film.      
Quote merrissa 27-2-2017 09:01 PM
blurghhh aku rasa ni publicity jahhhh.....sebab dia tau akan kecoh sebab tersalah baca ni......
Quote merrissa 27-2-2017 09:02 PM
exclusive_vvip replied at 27-2-2017 06:41 PM
kesian pulak i tgk atuk warren beatty tu....mmg hangin la kan si botak tu..kalu tgk versi tgh beru ...

khenn dah la cara dia rampas kad tuh macam kasar...

si botak ckp, terkedek2 org tua nihhh....meh sini aku baca kannn
Quote exclusive_vvip 27-2-2017 09:59 PM
merrissa replied at 27-2-2017 09:02 PM
khenn dah la cara dia rampas kad tuh macam kasar...

si botak ckp, terkedek2 org tua nihhh....me ...

Hahaha   
Quote kontang 27-2-2017 10:32 PM
Warren-Beatty-460x252.jpg

What happened?
The award was announced by Hollywood veterans Warren Beatty and Faye Duanway. Beatty opened up the envelope and in what was interpreted as an attempt to be funny, paused and looked at Dunaway. ""You're awful!" Dunaway said, seemingly thinking her co-presenter was trying for a laugh. Beatty handed her the envelope and Dunaway promptly announced "La La Land!" It's now emerged that Beatty was handed the wrong envelope — one that read "Emma Stone, La La Land." Stone had just been announced as the "Actress in a Leading Role" winner.
The musical film's cast and crew gathered onstage and producer Fred Berger was midway through his speech before the mistake became clear. "We lost, by the way," Berger said, as the confusion onstage mounted.

Jordan Horowitz, another La La Land producer, then took the mic to clarify. "This is not a joke," he said "Moonlight has won Best Picture. Moonlight. Best Picture." Horowitz was praised online for handling the situation with dignity. Oscars host Jimmy Kimmel tried to lighten the mood with a joke as the cast of Moonlight made their way to the stage. "I would like to see you get an Oscar anyway — why can't we give out a whole bunch of them?" Kimmel said to the La La Land team. Beatty then returned to the stage and explained the envelope debacle.

http://time.com/4683641/oscars-2 ... onlight-la-la-land/



Quote chazey 27-2-2017 11:53 PM
Edited by chazey at 28-2-2017 12:05 AM

Bung Warren tak salah, pihak produksi yang bongok. Akak baca gosip tadi, orang yang masih hidup depa kata dah mati (kes tersalah guna gambar). Sentap nak mampus acik tu.

https://www.google.com/amp/www.v ... emoriam-mistake/amp
Quote devilito2 28-2-2017 07:58 AM
kalau dah nama manusia... mesti ada silapnya...
Quote farahfatihah 28-2-2017 10:17 AM
Shirley23 replied at 27-2-2017 08:48 PM
I kecewa sebab La La Land tak menang kategori best picture. Sebaik diumum La La Land sebagai best pi ...

best ke cite la la land tu ? aritu ada tgk sekejap je, masa intro kan ada nyanyi kan, pastu husben i kata mcm xbest je terus dia tukar
Quote farahfatihah 28-2-2017 10:17 AM
Shirley23 replied at 27-2-2017 08:48 PM
I kecewa sebab La La Land tak menang kategori best picture. Sebaik diumum La La Land sebagai best pi ...

best ke cite la la land tu ? aritu ada tgk sekejap je, masa intro kan ada nyanyi kan, pastu husben i kata mcm xbest je terus dia tukar

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.202072 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top