CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cuma 3 Langkah Mudah, Rasai Sendiri Kerangupan Cendawan Goreng Enoki Ini

27-2-2017 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10350| Komen: 19|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Cendawan memang enak dijadikan sebagai menu sampingan dalam hidangan makan tengahari atau malam.
Cendawan memang enak dijadikan sebagai menu sampingan dalam hidangan makan tengahari atau malam.

Keenakan cendawan goreng terutamanya memang tidak dapat dinafikan lagi, membuatkan penggemarnya mahu meratahnya lagi dan lagi.


Kali ini, apa kata cuba resipi cendawan goreng Enoki yang sedang hangat dan menjadi kegilaan ramai ini.

Ada dua sebab mengapa resipi ini menjadi tular dan terkenal sekelip mata. Pertama adalah disebabkan teksturnya yang sangat rangup. Kedua adalah ianya sangat mudah disediakan, tak sampai 5 minit!

Foto: nakita.id
Jom lihat cara-caranya:
Bahan-bahan:

Cendawan enoki 
Tepung serbaguna 
1 biji telur 
Minyak masak

Cara-cara:
1.Pukul telur dan tuang ke dalam mangkuk bersama cendawan Enoki dan gaulkannya. 
2. Salut cendawan Enoki dengan tepung serbaguna. 
3. Goreng hingga keemasan. 
4. Hidang bersama sos cili.

Siap! Mudah, enak dan mengenyangkan.

Foto: dapurkobe.co.id
Khas buat ibu-ibu yang sibuk atau si bujang yang mahukan sesuatu yang cepat dan ringkas. Sesuai dijadikan lauk sampingan atau kudapan ketika menonton televisyen.

Selamat mencuba!-CARI

14

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
24

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 27-2-2017 04:43 PM
Lapar pulak rasanya
Quote missinpiece 27-2-2017 05:04 PM
Cane nk kurangkan berminyak ye
Quote fikri 27-2-2017 05:35 PM
sedapnyaaaaaaaaaaaaa
Quote WhiskeyScotch 27-2-2017 11:10 PM
Ayooooo terliur tengok cendawan goreng. Sedapnyaaaaaa.
Quote IxoraP 28-2-2017 11:18 AM
aaddduuhh sedapnya
Quote de_ikea 28-2-2017 02:17 PM
Sedap. Enoki pun murah.
Quote boongalalang 1-3-2017 12:27 AM
Stress, tadi nak beli enoki dah habis
Quote MissVixen 1-3-2017 02:18 PM
missinpiece replied at 27-2-2017 05:04 PM
Cane nk kurangkan berminyak ye

Jangan basuh cendawan. Terus masuk tepung. Pastikan minyak panas. Baca dan tiru dekat blog. Alhamdullillah takde ceri beri setakat ni. Kalau nak basuh juga, keringkan lama betul.
Quote missinpiece 1-3-2017 03:30 PM
MissVixen replied at 1-3-2017 02:18 PM
Jangan basuh cendawan. Terus masuk tepung. Pastikan minyak panas. Baca dan tiru dekat blog. Alhamd ...

Boleh try nnt
Quote holothurian 2-3-2017 01:30 PM
Sedapnyaaaaaaaaaa!!
Quote intanumbrella 2-3-2017 09:15 PM
sedapnya..kos nk buat pun murah
Quote emelia1509 3-3-2017 03:51 AM
memang sedap okehh..

iols dah terjebak..ada yang ingat iols buat sotong goreng gitu..walaupun enoki n sotong itu jauh bezanye..hehe..

satu lagi dahfa snek ikan tu pun best goreng..
Quote iznanaziz 6-3-2017 11:59 AM

kat mana nak cari cendawan enoki ni?
kat pasaraya ada tak?
mmg tulis enoki ke?
Quote de_ikea 6-3-2017 12:50 PM
iznanaziz replied at 6-3-2017 11:59 AM
kat mana nak cari cendawan enoki ni?
kat pasaraya ada tak?
mmg tulis enoki ke?

Kat mana2 pun ada. Tulis enoki atau enokitake. Mcm dlm gmbar tu.
Quote iznanaziz 6-3-2017 12:53 PM
de_ikea replied at 6-3-2017 12:50 PM
Kat mana2 pun ada. Tulis enoki atau enokitake. Mcm dlm gmbar tu.

emm..tk ya.
Quote iznanaziz 6-3-2017 12:56 PM
MissVixen replied at 1-3-2017 02:18 PM
Jangan basuh cendawan. Terus masuk tepung. Pastikan minyak panas. Baca dan tiru dekat blog. Alhamd ...

tak yah basuh ke?
adoiiii
Quote MissVixen 6-3-2017 08:45 PM
iznanaziz replied at 6-3-2017 12:56 PM
tak yah basuh ke?
adoiiii

Boleh basuh. Cuma keringkan betul2.
Quote iznanaziz 7-3-2017 04:34 PM
MissVixen replied at 6-3-2017 08:45 PM
Boleh basuh. Cuma keringkan betul2.

sb kalau basah, nnt tak melekat tepung ek?

kena pakai kipas ni....
Quote MissVixen 7-3-2017 09:12 PM
iznanaziz replied at 7-3-2017 04:34 PM
sb kalau basah, nnt tak melekat tepung ek?

kena pakai kipas ni....

Tepung tak masuk dalam celah2 dia. Hahaha. Pakai hairdryer.  

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

22-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.246266 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top