"Saya sangat berbesar hati mendapat peluang seumur hidup untuk mewakili Kelab Republikan Kolej bagi universiti saya, di mana saya baru sahaja dilantik sebagai presiden."
Demikian luahan kegembiraan seorang pelajar Malaysia yang sebelum ini pernah menjadi sukarelawan kempen Donald Trump, dijemput menghadiri majlis rasmi sambutan presiden baru Amerika Syarikat yang berlangsung esok. Memetik laporan The Star hari ini, Asher Paul Ang yang merupakan presiden kelab Republikan di Universiti Baptis Dallas di Texas berasa dirinya amat bertuah dan ingin merakam kenangan manis dengan hartawan tersebut. “Mungkin sukar untuk bertemu Presiden Trump tetapi jika saya dapat peluang, saya akan mengambil gambar 'wefie' dengannya.” “Saya juga berharap untuk bertanya kepadanya tentang perspektif beliau berkaitan pengukuhan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan negara-negara Asean lain.”
Asher yang berasal dari Rawang, Selangor akan berada di belakang barisan orang kenamaan (VIP). Tiket eksklusif itu dilaporkan berharga kira-kira US$600 (RM2,666). “Lebih satu juta orang dijangka menghadiri majlis tersebut. Tetapi, tiket ini membolehkan saya duduk di salah satu tempat duduk di Union Square, betul-betul di belakang tempat duduk VIP,” katanya.- CARI |
34
Bagus |
24
Marah |
17
Terkejut |
18
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 20-1-2017 06:45 AM
Nerd nye rupa penyokong trump msia ni...dgn rambut ketak2 berminyak.. Trump x sedar ko ada bau2 immi ...
ADVERTISEMENT