"Kami tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan lain." Demikian menurut seorang wanita, dia terpaksa makan pagpag kerana dia tidak mempunyai cukup wang untuk membeli hidangan makanan yang lain.
Pag Pag adalah bahasa Tagalog bagi makanan yang diperoleh hasil dari sisa buangan ayam dari restoran makanan segera untuk dimakan semula oleh golongan miskin di Filipina. Ini adalah resepi 'recycle' makanan yang sangat sadis tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana kesempitan hidup. Untuk mendapatkan pagpag, selain menggeledah tempat pembuangan sampah, golongan miskin tersebut akan juga pergi sendiri ke restoran segera untuk memungut hasil buangan itu. Paparan kisah berkenaan dikongsikan menerusi sebuah video dokumentari yang memperlihatkan penduduk di kawasan Tando menjadikan menu hidangan itu sebagai bahan jualan mereka.
Menurut seorang pengusaha pagpag, sisa ayam yang mereka ambil itu, dibersihkan dahulu sebelum dimasak semula dan dijual dalam pelbagai saiz. "Saya menjualnya dalam pelbagai saiz, dari harga 20peso (RM1.81) sehingga 50peso (RM4.53)." "Saya dahulu menjual buah...tetapi kini saya menjual pagpag, kerana ia sememangnya laku." - CARI |
6
Bagus |
11
Marah |
16
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT