Angka kematian akibat kebakaran sebuah gudang dua tingkat yang diubah suai ketika menganjurkan satu pesta muzik diadakan di Oakland, Amerika Syarikat (AS) malam Jumaat lalu, kini meningkat kepada 33 orang.
"Angka terakhir mayat yang dikeluarkan ialah 33," kata Jabatan Sheriff Daerah Alameda, Sarjan Ray Kelly dalam sidang medianya lewat semalam. Menurut laporan Reuters, punca kebakaran dan jumlah sebenar mangsa yang terkorban masih disiasat selepas api marak hingga menyebabkan bangunan dua tingkat itu hampir musnah. Ketua Bomba Oakland Teresa Deloach Reed dalam satu kenyataan memaklumkan, api dipercayai marak dengan cepat membakar gudang yang tidak mempunyai sistem pengesan kebakaran dan juga diubah suai secara haram. Dalam pada itu, pihak berkuasa mendakwa, sebahagian besar daripada mangsa tragedi itu terdiri daripada remaja yang berusia antara 20 hingga 30an. Difahamkan, kebakaran itu bermula kira-kira pukul 11.30 malam waktu tempatan di kawasan Fruitvale yang majoriti penghuninya terdiri daripada kalangan artis dan orang kenamaan.
Kebanyakan yang maut dikatakan berada di tingkat atas bangunan dikenali sebagai Oakland Ghost Ship. - CARI |
18
Bagus |
30
Marah |
40
Terkejut |
24
Sedih |
24
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ketua Bomba Oakland Teresa Deloach Reed dalam satu kenyataan memaklumkan, api dipercayai marak dengan cepat membakar gudang yang tidak mempunyai sistem pengesan kebakaran dan juga diubah suai secara haram.
ADVERTISEMENT