Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala lebih 50 lagi cedera apabila sebuah trem tergelincir dari landasan di Croydon, Selatan London, awal pagi ini.
Memetik laporan Online Portal Mirror di United Kingdom, Biro Siasatan Kemalangan Kereta Api (RAIB) memaklumkan, pemandu trem berusia 42 tahun dari Beckenham itu ditahan untuk disoal siasat kerana disyaki memandu pada kelajuan melampau. “Beberapa orang telah dibawa ke hospital dan dukacita dimaklumkan terdapat mangsa yang terkorban.” Namun setakat ini, hanya tujuh orang yang disahkan terkoban dalam insiden itu. Difahamkan pegawai Biro Siasatan Kemalangan Kereta Api sedang mengenal pasti identiti kesemua mangsa dan menyediakan penjagaan dan sokongan kepada keluarga terbabit. Trem ini merupakan satu-satunya rangkaian di London yang beroperasi di hujung selatan bandaraya ini, memberi khidmat kepada 27 juta penumpang sejak setahun lalu. - CARI
|
20
Bagus |
24
Marah |
16
Terkejut |
25
Sedih |
28
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT