CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Melebur Akibat Jatuh Ke Dalam Kolam Air Panas Berasid

21-11-2016 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7442| Komen: 46

Description: Seorang lelaki berusia 23 tahun secara tidak sengaja terjatuh ke dalam kolam air panas yang berasid di Taman Negara Yellowstone dan dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan yang menakutkan.
Seorang lelaki berusia 23 tahun secara tidak sengaja terjatuh ke dalam kolam air panas yang berasid di Taman Negara Yellowstone dan dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan yang menakutkan. 


Menurut pendedahan CNN kelmarin, kejadian tersebut berlaku pada Jun lepas membabitkan mangsa yang bernama Colin Nathaniel Scott bersama kakaknya Sable Scott dikatakan menceroboh kawasan larangan, Norris Geyser.

Sable memberitahu pihak berkuasa, ketika kejadian Colin cuba mencelup jari ke dalam kolam untuk mengenal pasti suhu kolam tersebut tetapi tergelincir dan jatuh.

Menurut Timbalan Ketua Renjer Yellowstone, Lorant Veress yang ditemuramah oleh saluran berita tempatan, KULR menegaskan kepada semua pelawat supaya mematuhi semua papan tanda larangan di kawasan tersebut.

Pasukan penyelamat menemui mayatnya di dalam kolam itu tetapi tidak dapat dicapai oleh kerana ribut petir, menurut laporan itu. 

Keesokan harinya, menurut laporan itu, pasukan penyelamat tidak menemui sebarang mayat. Salah satu daripada beberapa bahan bukti yang berjaya diambil adalah selipar

mangsa.

Yellowstone adalah salah satu taman yang paling kerap dilawati di Amerika Syarikat. 

Menurut ahli sejarah taman itu, Lee Whittlesey seramai 22 orang termasuk tujuh kanak-kanak telah meninggal dunia di kolam haba taman itu di mana suhu boleh mencapai 250 darjah celsius sejak 1870.

Pada tahun 2000, seorang pekerja taman berusia 20 tahun maut apabila terjun ke dalam kolam air panas itu yang dia sangka sebagai sungai.- CARI

sumber foto: scallywag-vagabond.com


33

Bagus
33

Marah
28

Terkejut
22

Sedih
31

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 21-11-2016 04:43 PM
Dah ada larangan ko nk ceroboh juga dah kenapa??
Quote AMDTurion 21-11-2016 04:49 PM
xde kerja cari masalah. apahal. kan dah mendapat.
Quote missinpiece 21-11-2016 04:51 PM
Cari pasal betul. Dahla mayat x jumpa dah
Quote Artemesiaa 21-11-2016 04:52 PM
Saja cari bala namanya tu
Quote fishcracker 21-11-2016 04:54 PM
rest in peace u..
Quote FARRAZOOL 21-11-2016 04:57 PM
Rip.....
Quote sofiazara 21-11-2016 04:58 PM
mcm clear je air tasik?
so masa dia melebur tu boleh nampak dari darat ke? omg
Quote Modngengade 21-11-2016 05:04 PM
Manjahati replied at 21-11-2016 08:43 AM
Dah ada larangan ko nk ceroboh juga dah kenapa??

cash la buat ummah kokesen bodoh ni kan sis....

Quote batmana 21-11-2016 05:12 PM
bkn melebur je,
dia menghakis semua kulit2, organ dia, dgn tulang

sebab ada asid.
Quote kemaruk 21-11-2016 05:17 PM
sofiazara replied at 21-11-2016 04:58 PM
mcm clear je air tasik?
so masa dia melebur tu boleh nampak dari darat ke? omg

Lebih kurang macam goreng fries gak le..

Lepas angkat fries dalam kuali, ada tertinggal sebijik fries terapung mendidih berbuih buih.. camtu la rupa mamat nih dalam kolam tu kot..
Quote EvieWanKenobi 21-11-2016 05:18 PM
pepandai sangat...
Quote armin 21-11-2016 05:18 PM
Kalau pembunuh nak bunuh orang bawak ke kolam ni boleh hapuskan bukti
Quote Nenasketum 21-11-2016 05:29 PM
Gambar pun horror ngaper gatai nak cuba.
Quote matamata 21-11-2016 05:34 PM
Lebih kurang mcm korang campak panadol soluble dlm air.......gitulah gayanya
Quote MissNigga 21-11-2016 05:36 PM
tak dapat bayangkan saat saat akhir dia menghembus nafas ....
Quote Jajabeans 21-11-2016 05:38 PM
mcm dalam cite life of pi
Quote hanakikan 21-11-2016 09:30 PM
teringat citer 2012.anak beranak ceroboh kawasan larangan yellowstone
Quote Changa 21-11-2016 09:37 PM
Cash on the spot, tak payah nak tunggu hari akhirat
Quote edee_91 21-11-2016 09:42 PM
ni ha kisah dia dalam bentuk visual.
[youtube]8JQSKt6OHpI[/youtube]

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.176620 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top