Seorang remaja dari Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan membunuh neneknya hanya kerana mangsa menyembunyikan arak ketika dia sedang mandi.
Menurut laporan Yahoo News, polis mendakwa Dylan Brougham, 18, memukul neneknya sehingga mati. Dylan pada asalnya hanya didakwa melakukan kekerasan, namun dia kemudian didakwa atas tuduhan membunuh selepas neneknya, Joyce Ann Courson, 69, dilaporkan meninggal dunia lapan hari selepas dirawat di sebuah hospital di Florida. Menurut laporan, pihak polis menemui mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital.
Polis menyerbu kediaman mangsa selepas saksi membuat laporan terdengar jeritan meminta tolong, 10 Oktober lalu. Saksi mengatakan Dylan tergesa-gesa meninggalkan lokasi kejadian sebelum ketibaan pihak polis. Walau bagaimanapun, Dylan berjaya ditemui pihak polis tidak jauh dari kediamannya. - CARI
|
22
Bagus |
29
Marah |
22
Terkejut |
27
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura replied at 9-11-2016 06:59 AM
...kena tambah tajuk "ini sebab Isle haromkan arak"
ADVERTISEMENT