Sejak kebelakangan ini nama mereka yang bergelar pemandu teksi agak tercalar lantaran tindakan beberapa orang daripada golongan itu yang 'membuat hal' dengan pemandu Uber.
Ini kerana mereka dikatakan tidak berpuas hati bila pemandu Uber seolah 'mencantas' pendapatan harian mereka sehingga menyebabkan pelanggan lebih cenderung memilih Uber. Di samping itu, netizen tidak terkecuali menunjukkan rasa marah dan juga tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu teksi. Mereka ini dikatakan tidak mesra pelanggan, cekik darah dan juga pelbagai dakwaan yang negatif. Bagaimanapun, bak kata orang jangan mudah untuk 'pukul rata' atau jangankan nila setitik habis susu sebelanga.
Sudah tentu bukan semua pemandu teksi bersikap sedemikian, kerana masih terlalu ramai yang baik hati di luar sana. Isunya, mereka ini tidak didedahkan dan kisah mereka tidak diuar-uarkan pada khalayak. Namun, berbeza dengan satu perkongsian oleh wanita yang bernama Farisha ini. Dia yang datang ke ibu negara atas urusan tertentu berasa sangat terpegun dan juga tersentuh dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh seorang pakcik pemandu teksi. "Jatuh air mata saya kerana pakcik..." Dia menceritakan bagaimana lelaki yang dikenali dengan nama pakcik Ghazali itu begitu ikhlas membantu dan bukan seperti pemandu teksi yang lain. "Kenapa pakcik baik sangat sedangkan saya tak kenal pakcik?" "Baik dengan orang tak rugi" Yang menariknya, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dan juga respon daripada anak-anak pakcik Ghazali ini. Menurut salah seorang anaknya, Shahzalina Ghazali bapanya itu pernah ditipu berkali-kali dengan penumpangnya. Dia juga berharap kebaikan yang ditunjukkan oleh bapanya itu tidak disalahertikan oleh netizen di luar sana. Dalam pada itu, seorang pengguna berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pemandu teksi 'cekik darah' ketika menyelesaikan urusan di Putrajaya pada suatu ketika. "Baiknya pakcik ini. Kenapa saya tak pakcik ini masa saya ada urusan di Putrajaya dulu.." |
22
Bagus |
15
Marah |
25
Terkejut |
19
Sedih |
19
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nononcrux replied at 9-11-2016 03:39 PM
teringat arwah ayah ak .. dulu pernah kena tipu dgn penumpang tapi siket pon tak nyesal sbb dia fiki ...
jerukkedondong replied at 9-11-2016 03:47 PM
Aruah ayah nono pun bw teksi ye...
Jgn sedih2 no...moga segala urusan ayah no di alam sana Allah ...
jerukkedondong replied at 9-11-2016 03:47 PM
Aruah ayah nono pun bw teksi ye...
Jgn sedih2 no...moga segala urusan ayah no di alam sana Allah ...
nononcrux replied at 9-11-2016 07:39 AM
teringat arwah ayah ak .. dulu pernah kena tipu dgn penumpang tapi siket pon tak nyesal sbb dia fiki ...
-electrifying- replied at 9-11-2016 09:01 AM
lawa boleh la
ADVERTISEMENT