Risau sungguh dibuatnya kalau si kecil terkena gigitan nyamuk dan jika kulitnya sensitif, ia boleh membawa kesan buruk seperti kegatalan, bengkak dan ruam merah.
Kebanyakan ubat moden sekarang memang boleh digunakan untuk menghilangkan kesan tersebut, namun ada sesetengah kulit yang tidak serasi dengannya. Oleh itu, lebih baik memilih rawatan yang lebih semula jadi kerana pastinya cara ini adalah yang paling bagus untuk menghilangkan kesan gigitan tersebut. Paling menarik dan seronok adalah bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah didapati kerana ada di dalam dapur rumah anda. 1. Bawang putih
Caranya dengan meletakkan sedikit bawang putih pada kawasan yang terkena gigitan nyamuk dan biarkan beberapa minit sehingga rasa gatal hilang. Kemudian bilaskannya dengan menggunakan air yang bersih. 2. Ubat gigi Pepermint yang ada dalam ubat gigi boleh membantu menyejukkan kulit. Caranya dengan menyapu sedikit ubat gigi di tempat gatal dan biarkannya hingga kering sebelum bilasnya dengan air. 3. Cuka Paling baik ialah gunakan cuka sider epal. Caranya, rendam bebola kapas dalam cuka dan lekapkan di kawasan gigitan nyamuk. 4. Madu Sapukan sedikit madu kerana bahan ini mampu mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kegatalan akibat gigitan. 5. Lemon Perahkan sedikit jus lemon atau limau nipis ke kawasan gigitan. Boleh juga sapukan kulit lemon ke atasnya kerana hasilnya tetap sama. 6. Aloe Vera Caranya adalah dengan meletakkan sedikit gel aloe vera dan bukan sahaja ia menghilangkan kesan kegatalan, malah membantu mempercepatkan proses penyembuhan kulit. Mudah sahaja rupa-rupanya untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk kan? Selepas ini, tak payahlah ibu bapa berasa rungsing bila anak-anak menangis kerana terkena gigitan nyamuk. Bukan sahaja jimat, mudah, ianya juga sangat praktikal. Tak begitu? -CARI |
31
Bagus |
24
Marah |
30
Terkejut |
32
Sedih |
30
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT