CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suka 'Membedakkan' Si Comel? Ketahui Dulu 6 Risiko Ini!

11-11-2016 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4619| Komen: 8|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Hmm, Wangi je bau bayi selepas mandi terutama selepas dipakaikan bedak! Para ibu pula pasti tidak terlepas daripada memasukkan bedak dalam senarai barang harus dibeli.
Hmm, Wangi je bau bayi selepas mandi terutama selepas dipakaikan bedak! Para ibu pula pasti tidak terlepas daripada memasukkan bedak dalam senarai barang harus dibeli.



Kebanyakan ibu suka membedakkan anak mereka kerana gemarkan baunya yang wangi selain menunjukkan yang si kecil baru selesai dimandikan. Namun, para ibu harus ingat! Tanpa kita sedari, membedakkan bayi kita sebenarnya memberi kesan bahaya kepada si comel.

Untuk pengetahuan anda kandungan utama bedak adalah talkum iaitu mineral yang di dalamnya mengandungi silika magnesium yang sudah terhidrasi. 

Menurut portal Pa & Ma, menaburkan mineral dari talkum pada permukaan tubuh akan menyebabkan ada yang mengewap dan ada yang terserap. Bahagian yang terserap itulah yang berbahaya hingga boleh meningkatkan risiko ini:




1. Punca pneumonia
Terlalu banyak menghidu bedak boleh menyebabkan ia masuk ke dalam paru-paru bayi, lalu menyebabkan ia terkumpul dan lama-kelamaan menjadi pneumonia.


2. Risiko barah ovari
Menurut kajian American Academy of Pediatrics, bayi mudah terdedah dengan risiko terkena barah ovari jika kerap disapu bedak.


3. Mengeringkan selaput lendir
Kandungan mineral yang terserap boleh menyebabkan selaput lendir yang berfungsi menyaring kotoran di dalam tubuh menjadi kering. 
 

4. Kesukaran bernafas
Debu bedak yang terkumpul di dalam paru-paru menghalang sistem pernafasan bayi hingga menyebabkan oksigen tidak cukup sampai ke paru-paru.


5. Risiko jangkitan baketria
Kekerapan menyapu bedak pada sekitar kemaluan bayi menyebabkan debu dari taburan bedak boleh menuju ke organ genital lebih dalam, lalu menimbulkan jangkitan bakteria kepada anak.


6. Meningkatkan risiko pembengkakan
Taburan bedak dianggap sebagai benda asing yang harus dihapuskan dari sistem tubuh. Malah, tindak balas bedak terhadap sistem tubuh boleh beri kesan pembekakan.


Untuk itu, para ibu harus tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika memakaikan bedak pada tubuh si manja.


- Pilih bedak yang dibuat daripada 'cornstarch'.
 
- Jangan tabur terus bedak ke anggota badan bayi. Sebaliknya tuang di tapak tangan anda sebelum disapu rata ke tubuhnya.

- Jangan tabur bedak pada wajah dan sekitar kemaluan bayi.


Sumber foto: Carian Internet

Oleh itu, jangan biar anak anda bermain dengan sebotol bedak yang mungkin boleh terbuka secara tidak sengaja, sekali gus mendedahkan si kecil kepada risiko yang disebutkan tadi. - CARI

32

Bagus
33

Marah
35

Terkejut
32

Sedih
34

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (193 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 11-11-2016 03:18 PM
Lepas mandikan bayi mesti tabur bedak punya. Kat badan/ muka. Wangi.
Quote Lollipop111 11-11-2016 03:40 PM
Dari dulu org buat lagu tuh, xder pon isu2x mcm nh naek...
Quote Levespa 12-11-2016 03:34 PM
Banyak je bedak organic talc free jual online.. Selalu beli kat vitacost
Quote umbut 12-11-2016 11:53 PM
Jgn letak di kemaluan bayi masa pki pampers.. bahaya..
Quote seramado 13-11-2016 01:24 PM
Knp dulu2 ok je
Quote kala_kala1010 17-11-2016 07:16 PM
There is liquid talc sold by Mothercare.
1 tube around RM26.
I have been using it for my son.
The texture and effect is very much like bedak sejuk.
He is almost 5 years old now.
The frequency of him having flu is probably once a year at max.
Quote Cyson 20-11-2016 07:42 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.090396 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top