Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar didapati memiliki rumah mewah yang bernilai 5.5 juta?
Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan menerusi laman Facebook mendakwa Tan Sri Khalid memiliki sebuah 'Istana Mantin' di Kampun Gebok, Mantin. "MyWatch minta KPN menjawab adakah benar rumah ini miliknya dan jika benar, dari mana datangnya sumber pendapatan untuk membina "Istana Mantin" ini?" Sanjeevan turut mempersoalkan adakah rumah mewah itu merupakan harta keluarga yang dibina menerusi keuntungan daripada syarikat Nilai Arms & Ammunitions Sdn Bhd milik anak perempuan KPN dan Unggul Shooting Academy Sdn Bhd milik abang KPN? Pada masa yang sama, Sanjeevan turut membuat kenyataan bahawa perkara tersebut telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan berharap SPRM dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya dan keputusannya perlu dimaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam masa terdekat ini. Sementara itu, menurut laporan Oriental Daily News, apabila ditanya media berhubung isu tersebut, Tan Sri Khalid memberitahu perkara tersebut ditimbulkan adalah kerana dendam Sanjeevan yang tidak puas hati terhadap pihak polis yang menyiasat kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.- CARI |
26
Bagus |
16
Marah |
34
Terkejut |
31
Sedih |
16
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT