"Mereka menunjukkan bekas yang dilimpahi dengan ayam." "Saya hanya mendapat separuh dan ia tidak seperti dalam iklan. Itu adalah iklan palsu!." Demikianlah yang dipertikaikan oleh Anna Wurtzburger, seorang wanita berasal dari New York, Amerika Syarikat yang sememangnya tidak puas hati dengan paparan iklan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC). Menurut laporan CBS Local, Anna Wurtzburger yang berusia 64 tahun itu mendakwa iklan KFC berniat menipu 'pelanggan yang sedang lapar' dengan iklan 'KFC bucket' yang menunjukkan bekas dengan ayam yang melimpah keluar. Oleh sebab itu, Anna memfailkan saman AS$20 juta (RM83 juta) terhadap Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana pengiklanan yang dikatakan tidak benar atau yang berunsur menipu.
Berdasarkan iklan, iklan berkenaan hanya mengandungi lapan ketul ayam dan sama dengan kuantiti yang dipesan oleh Anna. Namun, apa yang diperolehnya hanya separuh daripada jumlah ayam goreng yang diiklankan. Bagaimanapun, pihak pengurusan KFC menyifatkan dakwaan Anna sebagai 'tidak masuk akal' dan bercadang meminta mahkamah untuk menggugurkan saman tersebut.- CARI
|
22
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
30
Sedih |
27
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput replied at 26-10-2016 08:22 AM
rasanya bekas2 students Azizan Osman yg lebih layak menyaman atas nama False Advertising sbb dr aziz ...
ADVERTISEMENT