CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai 1hb Jun, Jika Gagal Asingkan Sisa Pepejal, Saman Akan Dikenakan!

23-5-2016 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7870| Komen: 40

Description: Pada 6 bulan pertama ketika pelaksanaan pengasingan sisa pepejal, jika didapati dalam beg sampah terdapat sekurang-kurangnya 5 bahan yang tidak diasingkan mengikut kategori yang telah ditetapkan boleh ...


Oleh : TS LOO


Bermula 1hb Jun ini, 6 negeri 2 wilayah persekutuan termasuk Johor, Pahang, Melaka, Kedah, Perlsi dan Putrajaya serta Kuala Lumpur akan mula melaksanakan usaha pengasingan sisa pepejal.

Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), pada 6 bulan pertama ketika pelaksanaan pengasingan sisa pepejal, jika didapati dalam beg sampah terdapat sekurang-kurangnya 5 bahan yang tidak diasingkan mengikut kategori yang telah ditetapkan boleh dikenakan hukuman saman. 

Tambahan lagi, setelah 6 bulan pelaksanaan,  dalam beg sampah jika terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis barangan yang tidak diasingkan mengikut kategori, hukuman saman juga akan dikenakan.


 
Saman:

Kediaman bertanah:

pesalah pertama kali : RM 50

Pesalah kali kedua : RM100

Pesalah kali tiga dan seterusnya : RM500



Kediaman di Bangunan Tinggi (Badan Pengurusan Bersama Akan Keluar Saman)

Pesalah pertama kali : RM100

Pesalah kali kedua : RM200

Pesalah kali tiga dan seterusnya : RM500
16

Bagus
25

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 23-5-2016 05:31 PM
Gile..susah la weiii, baik duduk kat pprt senang je campak2,hidup pun aman
Quote cmf_conan 23-5-2016 05:34 PM
bangunan tinggi tu cemaner nak kenal sampah sapa?
sume pakat dok campak je masuk satu tong..
Quote honeybee1802 23-5-2016 06:10 PM
Mmmm....jawpan dia disiplin diri jah....tp nak denda2 tu dia dah buat education blom?makcik2 pprt tu dah diajar blom?baik flyksn makcik pprt jepung maih ajor acik2 pprt tu...
Quote cmf_conan 23-5-2016 06:50 PM
honeybee1802 replied at 23-5-2016 06:10 PM
Mmmm....jawpan dia disiplin diri jah....tp nak denda2 tu dia dah buat education blom?makcik2 pprt tu ...

aku tak nampak pon iklan2 pasal mendidik pengasingan sisa pepejal ni kat mana2 pon..
ke aku yg terlepas pandang?
yg dorang dok war2kan saman saman saman saman...

Quote honeybee1802 23-5-2016 07:02 PM
cmf_conan replied at 23-5-2016 06:50 PM
aku tak nampak pon iklan2 pasal mendidik pengasingan sisa pepejal ni kat mana2 pon..
ke aku yg te ...

Ooo iyer....aku tak nampak kt tv...sumtimes tertgk kt fb jek lom ckp viral...iskkkk najib nak kutip pitis rakyat lg kerr?
Quote zuri154 23-5-2016 07:02 PM
mana lagi teruk, tak asingkan sisa sampah atau buang sampah merata2....
Quote abdulariff 23-5-2016 07:03 PM
Dah la kena asingkan pastu ada jadual kutipan. Mahunya sampah2 basah dikutip seminggu sekali je confirm busuk. Patutnya diorang beri setiap rumah dan premis tong sampah khas supaya senang, semua nak sumbat satu tong sampah. Memang melimpah keluar jawabnya
Quote cmf_conan 23-5-2016 07:10 PM
honeybee1802 replied at 23-5-2016 07:02 PM
Ooo iyer....aku tak nampak kt tv...sumtimes tertgk kt fb jek lom ckp viral...iskkkk najib nak kuti ...

benda2 mcm ni, kena wat promo dan showcase banyak2..flyers ke rumah2..
bukan sekadar satu dua iklan kat tv, fb..
banyak soalan berlegar dlm kepala otak orang2 ni..
at least make sure iklan/promo dorang ni menjawab most of the questions.
nampak benda ni memang mudah..

Quote ira_229 23-5-2016 08:19 PM
Nak ikut jepun n korea ni..
Quote clarizsa 23-5-2016 08:24 PM
I dok fikir nk letak baldi khas utk brg recycle tuh.. tp i risau ade yg kutip rembat sbb igt i buang.. sbb selalunya cmtula.. apa2 brg i x suka even pokok i campak kejap je ada je yg amik.. mmg yg tu i x kisah pun la.. hmm kna fikir idea nih.. tong sampah hijau tu kotla xda yg berani amik.. leceh gak bnda ni tp hadap je lah..
i cuma harap dorg saman gak manusia yg suka sgt bakar sampah sesuka hati..

Yg recycle ni i akan cuba terbaik utk ikut.. hmm
Quote munchkin 23-5-2016 08:42 PM
Aku dah banyak kali kasi tau tak perlu 1 rumah satu tong khas utk recycle. Depa bi suruh recycle. Hari recycle pun depa tak kutip. Depa kutip hari sampah domestik basah tu. Berbulan aku asing elok depa pi campoq ngan sampah basah. Hangin tak aku. Aku dah habaq suruh depa letak tong besar kat hujung setiap jalan perumahan senang orang pi letak sana depa nak kutip pun cepat and senang tak payah pegi setiap rumah. Hotak bodoh takde akal suruh letak atas tanah hujan basah. Haiwan pi cakar plastik. Bodoh bangang sangat kepala hotak depa ni. Bila aku gantung taknak plastik basah or kena cakar depa tak kutip dengan alasan sampah tu tak letak atas tanah tepi tong sampah. Bodoh bangang betul. Tak boleh diajaq akai letak kot pungkok
Quote naufal74 24-5-2016 07:17 AM
La ni kita saman blik kerana gagal jalankan tanggungjawab mengutip sampah dirumah mengikut jadual..bulih jugak masukkan cas ganti rugi am kerana pencemaran alam sekitar..DLL...kita pakat2 saman blik..
Quote naufal74 24-5-2016 07:19 AM
Banyak benda lain lg nk pikiq....saja nk tunjuk power konon bleh saman menyaman...org ...
Quote FARRAZOOL 24-5-2016 08:20 AM
Saman lerrrr
Quote Bell 24-5-2016 08:45 AM
Aku sokong. Negara maju dah lama buat. Aku pun buat.
Quote Loxlaxman 24-5-2016 09:02 AM
Kaca, Tin, Plastik, Kertas ....
Quote Star_el 24-5-2016 09:03 AM
cmf_conan replied at 23-5-2016 06:50 PM
aku tak nampak pon iklan2 pasal mendidik pengasingan sisa pepejal ni kat mana2 pon..
ke aku yg te ...

rasa dah lama dah nmpk iklan dia, dr awal th lepas lagi, sampai aku yg kalut. Sekali Selangor tak buat lagi.
Tapi tak salah pun nak start kitar semula skrg.
Quote Loxlaxman 24-5-2016 09:04 AM
Orang Malaysia ni..segala mak nenek dia sumbat masuk tong sampah... kalau buleh laki @ bini dia pun dia nak sumbat sekali.

Quote CrowneGlory 24-5-2016 09:06 AM
xper kitorg rakyat msia kaya2 ...saman jer laaaa

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055681 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top