CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CUEPACS Gesa SPA Buka 25,000 Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam

23-5-2016 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7285| Komen: 48

Description: "Tidak nampak usaha diambil SPA untuk mengisi kekosongan jawatan"
Oleh Izzah Abbasy

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya membuka semula pembekuan pengambilan penjawat awam ketika ini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, ia bagi mengisi kekosongan jawatan antara 21,000 orang hingga 25,000 orang, terutama jawatan rendah dalam perkhidmatan awam.

Kredit Foto : FreeMalaysianToday


Menurutnya, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa juga mengumumkan kerajaan akan mengambil pekerja baru bagi mengisi kekosongan jawatan itu, namun masih tiada tindakan diambil SPA.

“Sampai sekarang tiada tindakan diambil, saya tidak nampak usaha diambil SPA untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada (dalam perkhidmatan awam),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan CUEPACS Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Malie dan Timbalan Setiausaha Agung CUEPACS Abdul Rahman Mohd Nordin. - CARI Infonet

Kredit : Metro


2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 23-5-2016 10:31 AM
Sepatotnye bukak sehingga 25 juta jawatan kosong dalam spa....wujudkan jawatan pembuka pintu gred n1...pembawa dulang kantin gred t1...pembuka pintu tandas gred r1....pastu wujud pula jawatan utk anak2 mereka bakal lahir...pembantu pembuka pintu...pembantu pembawa dulang...pembantu pembuka pintu tandas....had usia pencen dihaposkan....kerja sehingga mati..pencen jalan....baru la.rakyat mesia suka...gomen pon tenanv
Quote gaara_X 23-5-2016 10:36 AM
memacam hal deme nie....dah tak de duit ke...
Quote kakiah12 23-5-2016 10:51 AM
mcm2 cara nak tlg melayu. terpaksa wujudkan jawatan dlm gomen utk bg org melayu yg x boleh compete dgn non malay utk dpt keje dkt non gov sector.

sedara akak dia keje dkt 1 gov ofc ni ckp siap ade jawatan utk pembuat kopi utk pengarah? betul ke n perlu ke? x boleh ke suruh je akak2 kerani buatkan kopi tu? itu blm kira yg pegang jawatan utk tekan no giliran lg tu? org gomen ni bile org tegur ckp org dengki...perasan sgt...org cuma persoalkn ttg pembaziran dlm gov sector yg x sepatutnya berlaku.

aneh2 betul.
Quote caprut 23-5-2016 11:06 AM
Dia ingt company bapak dia
Quote caprut 23-5-2016 11:06 AM
Dia ingt company bapak dia
Quote fizamn 23-5-2016 11:07 AM
Tolong melayu ke tolong kroni??? Huurrmmmmm....
Quote sabar_sabariah 23-5-2016 11:07 AM
kakiah12 replied at 23-5-2016 10:51 AM
mcm2 cara nak tlg melayu. terpaksa wujudkan jawatan dlm gomen utk bg org melayu yg x boleh compete d ...

serius ada position tukang bancuh kopi
cenggitu aku pun nak demand gaji lah

tapi i is keje private jek...
Quote mokcikKSKB 23-5-2016 11:16 AM
Hmm...terimalah hakikat makin ramai budak ada degree dan seumpamanya skang. Competition still high regardless of gomen atau private sector.
Yg cuepac patut bagitau is 'sila berentikan pekerja gomen kaki mengular termasuk yg suka mengular berforum di waktu bkerja,bila bos soh buat kerja byk songeh'....haa..lps tu mesti byk kekosongan jwtn dlm gomen.
Quote sipendiam 23-5-2016 11:21 AM
tp PTD aje je intake tiap2 tahun..
Quote AMDTurion 23-5-2016 11:31 AM
sipendiam replied at 23-5-2016 11:21 AM
tp PTD aje je intake tiap2 tahun..

kalo nak tau geng2 PTD amak emas gomen. tu tiap2 tahun permohonan tu dibuka.
Quote sipendiam 23-5-2016 11:32 AM
AMDTurion replied at 23-5-2016 11:31 AM
kalo nak tau geng2 PTD amak emas gomen. tu tiap2 tahun permohonan tu dibuka.

patutla..ada kawan aku dapat and dia ada bau2 kerabat, mak dia pun somebody dekat JPN.. ada kaitan tak? ahaha
Quote AMDTurion 23-5-2016 11:35 AM
sipendiam replied at 23-5-2016 11:32 AM
patutla..ada kawan aku dapat and dia ada bau2 kerabat, mak dia pun somebody dekat JPN.. ada kaitan ...

wow! itu double trible punya connection tuh....

kable tu masih penting untuk minta gomen ni.

kalo setakat staff sokongan ni kalo byk kekosongan mgkinlah mengena dlm satu dua. kalo sedikit tu mmg kroni jerlah yg dpt.
Quote caprut 23-5-2016 11:35 AM
Ni nk tlong melayu la ni especially melayu pantai timur ngn johor
Quote caprut 23-5-2016 11:35 AM
Ni nk tlong melayu la ni especially melayu pantai timur ngn johor
Quote clarizsa 23-5-2016 11:35 AM
tongkatwaran75 replied at 23-5-2016 10:08 AM
Isnin, 23 Mei 2016 @ 6:46 AM

Kuching: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (C ...

Untuk kronis lerr tu...
Quote rayna_raynes 23-5-2016 11:39 AM
mokcikKSKB replied at 23-5-2016 11:16 AM
Hmm...terimalah hakikat makin ramai budak ada degree dan seumpamanya skang. Competition still high r ...

i keje sendiri, i lah bos i lah kuli. i bagi je diri sendiri berporem hahahahaha

Quote Artemesiaa 23-5-2016 11:41 AM
Kaum kerabat sedara mara sahabat handai rakan taulan dah bising tanya sebab tu gigih highlightkan bab kekosongan jawatan ni
Quote caprut 23-5-2016 11:44 AM
Artemesiaa replied at 23-5-2016 11:41 AM
Kaum kerabat sedara mara sahabat handai rakan taulan dah bising tanya sebab tu gigih highlightkan ba ...

Mmg rmai pon da bising. Melayu dok kg nk kjer apa kalo tk kjer gomen? Cmne nk tnjuk lagak dkat org rmai kalo tk kjer gomen?
Quote prettyuglybabe 23-5-2016 11:45 AM
korang ni.. bila minta gomen buka intake pun macam-macam kata..
bagi la peluang kat graduan-graduan yang bersepah tu untuk mula bekerja..
tapi bukan semua sektor la..
mungkin keselamatan dan penguatkuasaan..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057617 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top