Namanya menjadi kontroversi kerana isu berpoligami, dan sekarang Adi Putra menyatakan dengan tegas yang dia tak mahu kongsi gambar atau apa-apa maklumat tentang isteri keduanya itu di laman sosial. Langkah itu diambil supaya perkahwinan keduanya itu tidak akan terus menjadi buah mulut orang dan menyebabkan mana-mana pihak berkecil hati atau terluka. "Bagi saya, media sosial ialah senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri. Mengapa kita perlu dekat dengan bahan api kalau kita tahu ia boleh membahayakan diri? "Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib? Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah yang lebih baik daripada sibuk dengan media sosial," katanya kepada Berita Harian.
Adi juga menyatakan bahawa bukan hati isteri-isteri sahaja perlu dijaga, malahan keluarga kedua-dua belah pihak. Setakat ini, Adi belum menemukan kedua-dua isterinya secara bersemuka dan menunggu waktu yang sesuai pada masa akan datang. Tambah Adi, "Saya tidak gemar mengatur atau membuat perancangan dan lebih selesa membiarkan sesuatu itu berlaku dengan sendirinya. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir." Sebelum ini dalam sebuah sidang media, Adi telah mengesahkan dirinya bernikah lagi satu dengan Nor Shahida Zolkifly pada 20 Jun lalu. Pengakuan ini dibuat ekoran penyebaran gambar perkahwinannya di internet. Adi juga pernah dilanda kontroversi sebelum ini rentetan isu tentang rumah tangganya dengan isteri pertamanya, Aida Yusof, 41, yang berantakan sehingga mahu memfailkan penceraian, namun membatalkannya.-CARI
|
17
Bagus |
13
Marah |
28
Terkejut |
27
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 13-10-2016 10:14 AM
Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib?
Perbandingan apakah ini??
mieymiey replied at 13-10-2016 10:14 AM
Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib?
Perbandingan apakah ini??
CARI-MRO replied at 13-10-2016 10:10 AM
Sumber: Berita Harian
doubleA replied at 13-10-2016 10:27 AM
omg omg omg
haruslah replied at 13-10-2016 10:32 AM
Tula pasal
Cm bongok jer
Tba2 solat lak
ADVERTISEMENT