Sejak semalam, beberapa kawasan di Kuala Lumpur pula mengalami gangguan bekalan air berpunca daripada kerja-kerja penggantian perkakasan rosak di kolam Ulu Pudu.
Dalam kenyataan media, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) melaporkan kawasan terjejas adalah Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Indah Komersial, Taman Maju Jaya, Taman Pandan Perdana dan Taman Cheras Indah. "Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan bagi mempercepatkan bekalan air ke kawasan-kawasan terbabit. Bekalan air bantuan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas. "Gangguan bekalan air di kawasan itu dijangka pulih sepenuhnya menjelang petang ini," menurut kenyataan itu. Ekoran krisis ini, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemat semasa dalam tempoh pemulihan itu. Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon pintar 'mySYABAS' dan www.syabas.com.my. - CARI
|
40
Bagus |
35
Marah |
30
Terkejut |
27
Sedih |
25
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT