Oleh : TS LOO Pagi ini, beberapa stesen LRT menghadapi kelewatan perjalanan disebabkan gangguan bekalan elektrik dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park. Pihak Rapid KL meminta pengguna mencari alternatif pengangkutan untuk melancarkan perjalanan mereka. Dalam satu kenyataan di akaun Facebook, Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan bas disediakan yang akan ulang-alik dari Stesen Sri Rampai ke Masjid Jamek untuk kemudahan pengguna. Perkhidmatan tren alternatif dari Putra Heights disediakan untuk berpatah balik di Masjid Jamek. Setakat ini, bekalan elektrik di antara Stesen Setiawangsa ke Damai sudah pulih. Dalam pada itu, pasukan teknikal masih meneruskan kerja untuk memulihkan bekalan elektrik bagi keseluruhan laluan. Pengguna diminta mencari bas dengan nombor pendaftaran WB 480 G dan WVN 5644 dari Masjid Jamek ke Stesen Datuk Keramat. Rapid KL berkata, pihaknya akan terus memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Rata-rata pengguna pengangkutan LRT meluahkan rasa kekecewaan di mana hari ini pasti akan lambat sampai ke pejabat lagi.- CARI sumber berita : BERNAMA
|
8
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT