CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2065|Reply: 6

Perkhidmatan LRT Bermasalah Lagi Pagi Ini

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2016 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: keratan Facebook



Pagi ini, beberapa stesen LRT menghadapi kelewatan perjalanan disebabkan gangguan bekalan elektrik dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park.


Pihak Rapid KL meminta pengguna mencari alternatif pengangkutan untuk melancarkan perjalanan mereka.


Dalam satu kenyataan di akaun Facebook, Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan bas disediakan yang akan ulang-alik dari Stesen Sri Rampai ke Masjid Jamek untuk kemudahan pengguna.




sumber foto: keratan dari Facebook

sumber foto: keratan dari Facebook

sumber foto: keratan dari Facebook

sumber foto: keratan dari Facebook





Perkhidmatan tren alternatif dari Putra Heights disediakan untuk berpatah balik di Masjid Jamek.


Setakat ini, bekalan elektrik di antara Stesen Setiawangsa ke Damai sudah pulih.


Dalam pada itu, pasukan teknikal masih meneruskan kerja untuk memulihkan bekalan elektrik bagi keseluruhan laluan.


Pengguna diminta mencari bas dengan nombor pendaftaran WB 480 G dan WVN 5644 dari Masjid Jamek ke Stesen Datuk Keramat.


Rapid KL berkata, pihaknya akan terus memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.





Rata-rata pengguna pengangkutan LRT meluahkan rasa kekecewaan di mana hari ini pasti akan lambat sampai ke pejabat lagi.- CARI




sumber foto: keratan dari Facebook

sumber foto: keratan dari Facebook









sumber berita : BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kne naikkan lg harga tambang 110% sekali lg bru xde masalah ... klu masalah juga naikkan lg 100%
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Masak sape yg kejar bas xpress or flight.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 12:01 PM | Show all posts
Syukur rumah dengan tempat kerja aku sekangkang kera jer
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 12:04 PM | Show all posts
ramai kengkawan kena jalan kaki dari stesyen dang wangi gih klcc. kedai/gerai area lrt pun penuh meriah org breakfast. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 01:44 PM | Show all posts
Macam ASTRO hujan lebat je problem x der servis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2016 03:24 PM | Show all posts
nasib baiiikkk kaknab tak naik train pg tadi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046593 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list