Oleh : TS LOO Kemaskini : 2230 ( 19hb Ogos 2016)
Berakhir Sudah Badi Lin Dan, Chong Wei Layak Ke Final Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei berjaya mengakhiri badi Lin Dan apabila menunduk musuh tradisi dari China itu menerusi kemenangan rubber set kemenangan rubber set dalam separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Rio Centro-Pavilion 4 sebentar tadi. Dalam aksi final mencemaskan selama kira-kira satu jam 30 minit, harapan utama pingat emas pertama negara menyaksikan kemenangan dengan mata 15-21, 21-11, 22-20. Kekalahan di tangan seteru lamanya Lin Dan di pentas Olimpik sebanyak dua kali iaitu Olimpik Beijing 2008 dan Olimoik London 2012 bukan penghalang buat Chong Wei untuk mencapai kejayaan di Olimpik Rio De Janerio 2016, syabas Chong Wei.
Lawan yang bakal menanti pemain berasal Pulau Pinang itu dalam perlawanan akhir esok adalah wakil Denmark, Viktor Axelsen ataupun pemain No. 2 dunia, Chen Long juga dari China.- CARI Kemaskini : 1430 ( 19hb Ogos 2016) Chong Wei Vs Lin Dan, Siapa Lebih Layak Ke Final? Bintang China, Lin Dan sekali lagi menghantui kempen jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam perebutan pingat emas Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, apabila kedua mereka bakal berentap pada separuh akhir kira-kira jam 8 malam ini. Selepas dua kali berturut-turut dikecewakan musuh tradisi itu, Chong Wei menepati ramalan apabila mudah melangkah ke separuh akhir dengan mengetepikan pencabar dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-9, 21-15. Namun Lin Dan juga melepasi halangannya biarpun cemas seketika sebelum menyingkirkan K. Srikanth dari India 21-6, 11-21, 21-18. Kemenangan mereka berdua di suku akhir sekali gus bakal menemukan mereka buat kali ke-37, di mana Lin Dan memenangi 25 pertemuan sebelum ini tetapi Chong Wei menumpaskan jaguh China itu dalam dua perlawanan terakhir. Kebanyakan pemerhati sukan berpendapat Lin Dan sudah tidak setangkas dulu selepas kelihatan terpaksa bermandi peluh untuk menundukkan pemain muda dari India ketika perlawanan suku akhir Rabu lalu. Justeru itu, Chong Wei wajar mengambil kesempatan itu memastikan kemenangan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan akhir demi impian pingat emas pertama negara mampu menjadi realiti. - CARI sumber berita : Utusan Malaysia
|
12
Bagus |
12
Marah |
12
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BreakingBad replied at 19-8-2016 11:19 AM
Dulu-dulu LCW selalu kalah kepada pemain china ni. LCW = let china win.
Lepas dpt Datuk tida lagi ...
mieymiey replied at 19-8-2016 10:58 AM
Saya rasa "L" yang menang
pr3ttytw33ty replied at 19-8-2016 01:16 PM
hahaahahaa...win!
ADVERTISEMENT