CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbuka Malaysia 2017: Chong Wei Mahu Bertemu Lin Dan Di Final

8-4-2017 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2181| Komen: 13

Description: Pertembungan epik yang dinantikan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada saingan final Terbuka Malaysia hanya dipisahkan dengan satu lagi perlawanan.

Pertembungan epik yang dinantikan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada saingan final Terbuka Malaysia hanya dipisahkan dengan satu lagi perlawanan. 


Memetik laporan Bernama, semalam, pemain No.1 dunia itu mara ke pusingan separuh akhir selepas berjaya menewaskan pencabar dari Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-14 dalam masa 44 minit. 

Manakala, musuh tradisi Chong Wei iaitu Lin Dan turut bersama-sama menempah tiket ke pusingan separuh akhir, namun terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain Indonesia, Jonathan Christie 21-15, 14-21, 21-9

Di peringkat separuh akhir, jaguh perseorangan negara, Chong Wei akan menentang pemain Hong Kong, Wong Wing Ki manakala Lin Dan berdepan Son Wan Ho dari Korea Selatan.

Selepas kali terakhir kedua-dua pemain berkenaan berentap ketika aksi separuh akhir Olimpik Rio 2016, yang menyaksikan kemenangan memihak Chong Wei, jadi pertembungan ini sememangnya dinantikan peminat badminton seluruh dunia. 


Jika pertembungan Chong Wei dan Lin Dan di pentas final Ahad ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi perlawanan ulangan edisi 2006.- CARI

sumber foto : The Star



26

Bagus
23

Marah
30

Terkejut
21

Sedih
23

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 8-4-2017 12:06 PM
apasal macam takde 'demam' piala malaysia ja?....

Quote samasam90 8-4-2017 12:10 PM
sweet je dorang dua ne.
Quote Mary_jane 8-4-2017 12:15 PM
Lin dan si bad boy.
Quote PuanPuan 8-4-2017 01:13 PM
Bila live nya?
Quote GegarVaganja 8-4-2017 01:27 PM
Ceh, start dah Malaysia Open ni

Quote pulauturtle 8-4-2017 01:35 PM
friendship match bagi saya
Quote bianglala 8-4-2017 02:09 PM
mungkin ada yang dah start mengarang surat..
Quote fefeeling 8-4-2017 03:57 PM
Wahhhh kenot wait!
Quote jimbye 8-4-2017 06:28 PM
Dua hero yang diminati
Quote Mary_jane 8-4-2017 06:44 PM
Chaiyo2 lin dan.  
Quote grouper 8-4-2017 07:34 PM
Lin dah lepas masuk final..latuk nak men semi final satgi. Konpem menang la latuk lawan pemain hong kong tu.
Quote cheergirlz 8-4-2017 08:02 PM
harap lcw menang..prestasi tgh ok kan...
Quote RatuDunia94 8-4-2017 08:41 PM
Msia open je kot.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.155158 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top