CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Terengganu Terkilan Dan Tak Tahu Azizulhasni Mohon Bantuan Basikal

18-8-2016 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14299| Komen: 110


Oleh : Dean BZ

Azizulhasni Awang


Menerusi laman sosial Facebook, Azizulhasni yang memenangi pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio, meluahkan kekecewaannya terhadap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif yang dikatakan tidak melayan permohonannya membeli 'RoadBike' untuk digunakan sebagai persiapan ke Sukan Olimpik.

Namun perkara itu dinafikan oleh Ahmad Razif yang menyatakan bahawa beliau benar-benar tidak mengetahui tentang permohonan Azizulhasni itu.


"Saya tidak tahu mengenai permohonan Azizulhasni Awang mendapatkan tajaan basikal 'road bike' sebagai persediaan ke Olimpik," tegas Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.

Sambil meluahkan rasa terkilan, Ahmad Razif menyatakan beliau telah mengarahkan Majlis Sukan Negeri membuat siasatan lanjut berhubung perkara tersebut dan akan menghubungi jaguh berbasikal trek negara itu bagi mendapatkan penjelasan.

Malah Ahmad Razif mengambil pendekatan positif dengan memohon maaf kepada Azizulhasni sekiranya luahan kekecewaannya di laman sosial Facebook itu benar-benar berlaku.

"Saya pun tidak tahu cerita ini... saya tidak dapat pengesahan lagi mengenai cerita ini. Saya minta Majlis Sukan Negeri di bawah exco belia, sukan dan sumber manusia Datuk Rozi Mamat Rozi untuk buat siasatan dan melihat semula perkara ini.

"Jadi saya tidak boleh komen apa-apa sehingga kita betul-betul mendapat pengesahan dan kita akan buat tindakan apa yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama bakal haji Dewan Undangan Negeri Kuala Nerus, semalam. Malah, katanya, Ahmad Razif hanya membisu apabila dihubungi pengurusnya.


Selain itu, Ahmad Razif berkata walau pelbagai persepsi yang timbul, beliau telah merangka sambutan besar-besaran untuk menyambut kepulangan Azizulhasni yang juga atlet kelahiran Dungun.

"Kerajaan negeri sudah buat persediaan bila dia balik ke Terengganu nanti, kita akan sambut dan insyaAllah kita akan buat roadshow untuk berkongsi pengalaman beliau dan memberi semangat kepada atlet muda kita," katanya.

Beliau turut menyatakan Azizulhasni akan menerima insentif namun ia akan diumumkan kemudian. - CARI


Sumber foto - themalaysiantimes






Sumber - Bernama

20

Bagus
22

Marah
18

Terkejut
19

Sedih
30

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lalala22389 18-8-2016 07:56 AM
boleh pulak tak tahu..pelik gak...dah dapat pingat baru terhegeh2 nak sambut
Quote bioessence 18-8-2016 07:57 AM
Mcm mana nak tahu
Azizul minta almost 2 yrs ago
Permohonan dgn mat said ler tu
Quote dizzzek 18-8-2016 08:00 AM
bioessence replied at 18-8-2016 07:57 AM
Mcm mana nak tahu
Azizul minta almost 2 yrs ago
Permohonan dgn mat said ler tu

nak tahu apa
dasar cacai
Quote Simunggu 18-8-2016 08:02 AM
minta dgn MB lama lah tu..
Quote bioessence 18-8-2016 08:02 AM
dizzzek replied at 18-8-2016 08:00 AM
nak tahu apa
dasar cacai

Dasar cinapek babians dable standard
Nak tahu apa
Quote sipendiam 18-8-2016 08:03 AM
azizul cakap dia siap follow up kan? dia hubungi ke ape tah pejabat mb tapi tak dilayan... cover jangan tak cover
Quote Clover_Hill 18-8-2016 08:03 AM
Yelah encik..encik pun maknosia biasa..pelupa..biasa laaa tu.

Ape ape jelaa.
Quote dodolgemok 18-8-2016 08:04 AM
bioessence replied at 18-8-2016 07:57 AM
Mcm mana nak tahu
Azizul minta almost 2 yrs ago
Permohonan dgn mat said ler tu

Dey caiii, kau xbaca ke apa yg jijol tulis? Dia kata dia mintak setahun lepas sebagai preparation utk olympic ni. Dan jijol sendiri yg tulis dia mintak dgan razif ni. Kau pulak nak memandai cakap dia mintak dgan ahmad said. Nak konar spin pon agak2 la sket caiii
Quote dizzzek 18-8-2016 08:04 AM
bioessence replied at 18-8-2016 08:02 AM
Dasar cinapek babians dable standard
Nak tahu apa

kau ingat kau dapat ucap tahniah kepada pemenang gangsa bangsa melayu?
last-last mb umno kau dikantoikan juga oleh bangsa melayu sendiri


Quote bioessence 18-8-2016 08:07 AM
dizzzek replied at 18-8-2016 08:04 AM
kau ingat kau dapat ucap tahniah kepada pemenang gangsa bangsa melayu?
last-last mb umno kau dika ...

Aku ucapan tahniah pada semua
Don't simply put your word into my mouth ye babian

Azizul pun ramai yg kondem dia balik
Dia dapat sponsor dari KBS dan YSD tu pun KJ bagitau, termasuk kos ijazah dia di OZ
Quote dizzzek 18-8-2016 08:09 AM
bioessence replied at 18-8-2016 08:07 AM
Aku ucapan tahniah pada semua
Don't simply put your word into my mouth ye babian

ucap tahniah?
pemenang gangsa bangsa melayu pun meluat dengan perangai orang umno
bila dapat pingat gangsa
gigih sangat nak ucap tahniah dan bagi uang
last-last kena tapao
minta sponsor basikal buat tak tahu
Quote lalala22389 18-8-2016 08:10 AM
bioessence replied at 18-8-2016 07:57 AM
Mcm mana nak tahu
Azizul minta almost 2 yrs ago
Permohonan dgn mat said ler tu

manager jijol dah try follow up tapi tak dilayan..ko rasa jijol nak merayu melutut bagai plak ke baru nak dilayan??
Quote sipendiam 18-8-2016 08:11 AM
Aziziul juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana tidak memberikan maklum balas dan membisu apabila pengurusnya menghubungi pejabat menteri besar itu.







Quote lalala22389 18-8-2016 08:16 AM
bioessence replied at 18-8-2016 08:07 AM
Aku ucapan tahniah pada semua
Don't simply put your word into my mouth ye babian

jijol tu org ganu..tak kan kerajaan negeri ganu tak boleh nak aprreciate dia..memang la dia dapat sponsor dari sumber lain..tapi apa salah nye ganu sendiri sponsor anak jati ganu..tak kan bila dapat pingat baru nak disambut..baru nak ngaku org ganu bila dapat pingat..
seriously malaysia or kbs ni memang tak support sgt bila rakyat mintak sponsor untuk bawak nama malaysia..sebab aku pernah kena..mintak sponsor kat kbs sepatah haram tak jawab tapi bila ada event kbs terhegeh2 suh buat free
Quote Jagendas 18-8-2016 08:18 AM
lipak jangan dok lipak
Quote sukacactus 18-8-2016 08:34 AM
Dah ckp dah
Dah tau dah, mesti dia jwb camni
Quote pagarkayu 18-8-2016 08:45 AM
Azizul atlet profesional sepatutnya dah boleh cari sponsor sendiri.kerajaan negeri perlu fokus untuk atlet2 baru nak up macam budak2 sukma.kalau kerajaan negeri tak nak bantu azizul tak boleh sentap.karier dia dah mantap.budak2 baru yang perlu lebih perhatian dan bantuan dari sumber kewangan.
Quote zulka 18-8-2016 08:47 AM
kalau dpt gold ckp lain...
Quote annehuda 18-8-2016 08:47 AM
erm aku rasa dalam isu ni MB yg salah. sbb takkan la die tak kenal azizulhusni awang ni ? bukannye baru dalam dunia sukan berbasikal ni. takde ke exco sukan die amek berat pd pocketrocketman ni.

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.051936 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top