CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Osama Ajak Gulingkan Kerajaan Pemerintah Arab Saudi

18-8-2016 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4036| Komen: 8

Description: Konflik bersenjata yang melanda di Asia Barat dilihat semakin meruncing. ..

Oleh : Dean BZ

HAMZA, anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden. - Foto - AFP


Konflik bersenjata yang melanda di Asia Barat dilihat semakin meruncing. Pergolakan di Palestin dan Syria juga telah mengorbankan beribu nyawa manusia yang tidak berdosa. 

Terbaru, anak lelaki bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, menggesa rakyat Arab Saudi 'menumbangkan' pemerintah negara itu dalam usaha 'membebaskan' diri daripada pengaruh Amerika Syarikat, lapor Kumpulan Perisikan SITE. 

Menurut SITE, dalam mesej audio tidak bertarikh, Hamza bin Laden, menyeru belia Arab Saudi menyertai pertubuhan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) berpangkalan di Yaman untuk mendapat pengalaman penting berperang. 

Dilabelkan Amerika sebagai francais paling bahaya rangkaian itu, AQAP dibentuk pada Januari 2009 sebagai penggabungan al-Qaeda cawangan Yaman dan Arab Saudi. Pegawai perisik Amerika berkata, Hamza, 23, ialah anak kesayangan bekas pemimpin al-Qaeda itu, yang dididik untuk mengambil alih tempat beliau sebagai tokoh tertinggi pergerakan berkenaan.


Sempena ulang tahun kelima pembunuhan Osama, pakar mendapati Hamza semakin popular dalam kalangan militan berbanding pemimpinnya ketika ini, Ayman al-Zawahiri. Pasukan tentera pakatan diketuai Arab Saudi memerang pemberontak disokong Iran di Yaman selain militan yang menyertai AQAP dan IS. 

Pada 1994, Arab Saudi melucutkan kerakyatan Osama selepas beliau mengeluarkan fatwa, mengecam keluarga diraja Arab Saudi dan Washington.  

Campur tangan Amerika Syarikat dalam pergolakan di Asia Barat sememangnya telah lama berlaku terutamanya dalam perang di Iraq. - CARI


Tentera Amerika Syarikat dalam perang Iraq



Sumber - AGENSI/BeritaHarian

16

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 18-8-2016 10:46 AM
banyak sangat gerakan sampai mujahidin betul pun dilabel pengganas sejak wujudnya brand ISIS. bijak amerika punya propa
Quote dizzzek 18-8-2016 10:47 AM
diam lah anak osama
Quote AbukRokok 18-8-2016 10:56 AM
fuck you al qaeda fuck you isis
different face of the same coin


the real black flags is arising in alliance with the christian.
Quote shi_jewel 18-8-2016 11:02 AM
Amboi...dh baligh ke blum, terus nak ajak perang2
Quote RED 666 18-8-2016 11:10 AM
shi_jewel replied at 18-8-2016 11:02 AM
Amboi...dh baligh ke blum, terus nak ajak perang2

Pak ereb ni kalau xde ancaman luar mcm yahudi israel ni diorg selalu bergaduh sesama sndiri
Quote shi_jewel 18-8-2016 11:12 AM
RED 666 replied at 18-8-2016 11:10 AM
Pak ereb ni kalau xde ancaman luar mcm yahudi israel ni diorg selalu bergaduh sesama sndiri

Dari zmn jahiliyah dulu lagi perangai cmtu...
Tp iol g arab aritu, senonoh plak perangai diorg layan iol..mcm tak caya je org arab lemah lembut mcm pijak semut pun tak mati....
Quote RED 666 18-8-2016 11:23 AM
shi_jewel replied at 18-8-2016 11:12 AM
Dari zmn jahiliyah dulu lagi perangai cmtu...
Tp iol g arab aritu, senonoh plak perangai diorg la ...

Pak ereb mmg budaya dia kena layan tetamu dgn baik

Pasal gaduh sesama sndiri tu tgk kt palestin sndiri pun dh cukup, masa reda jap dgn yahudi lahanat tu hamas dn fatah bergaduh sesama sndiri
Quote Bedah.Cun 18-8-2016 11:41 AM
Budak ni tak kena rogol dengan badsha bazi ke?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.090658 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top