Oleh : TS LOO
"Semuanya masih dalam perbincangan, ianya terlalu awal untuk saya sahkan pembabitan dalam mana-mana parti politik baharu, begitu juga penubuhannya seperti yang diperkatakan." Memetik laporan Sinar Harian, demikian kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung berita yang mengaitkan beliau bersama bapanya iaitu Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang dalam pertimbangan menubuhkan parti baharu bakal diterajui bapanya itu. Namun, beliau tidak menolak kemungkinan ada pengumuman akan dibuat oleh Mahathir dan Muhyiddin dalam masa terdekat ini. "Tunggu kenyataan rasmi daripada Tun kerana keputusan itu nanti adalah satu pilihan terbaik daripada kami sebagai ahli parti yang dipecat."
Tegas Mukhriz yang kini berada di London, sebarang keputusan yang dicapai hasil perbincangan antara beliau, bapanya dan Muhyiddin, dia akan beri sokongan sepenuhnya. Hari ini, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, dipercayai bagi berbincang mengenai menubuhkan parti baharu dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.- CARI |
3
Bagus |
5
Marah |
2
Terkejut |
10
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Tegas Mukhriz yang kini berada di London, sebarang keputusan yang dicapai hasil perbincangan antara beliau, bapanya dan Muhyiddin, dia akan beri sokongan sepenuhnya.
sipendiam replied at 15-7-2016 09:30 AM
parti tupperware sudah
ffawwaz replied at 15-7-2016 10:54 AM
hahaha..iols gelak2 je baca parti tupperware..
lama xjoin parti tu..kalau x harus sakan memborong ...
sipendiam replied at 15-7-2016 10:59 AM
tak mahal ke? tak pernah join cuma selalu dgr je
ADVERTISEMENT