Oleh : TS LOO
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menegaskan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana tidak mahu ditukarkan ke kementerian yang lain dan tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Saya beritahu diri saya, satu hari (nanti) saya akan bersara, tetapi, saya tidak tahu bila. Namun saya putuskan bahawa persaraan saya hanya di Kementerian Kewangan." "Sebab itu saya bercakap dengan Perdana Menteri, saya beritahu beliau saya akan bersara dengan Kementerian Kewangan, jika anda mahu tukar saya, saya tidak mahu. Jadi, gugurkan saya," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Sungai Rokam di sini.
Ahmad Husni berkata, beliau tidak mempunyai masalah langsung dengan Perdana Menteri, Kabinet mahupun parti. Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet. Selepas itu, beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Anggota Parlimen kawasan Tambun.- CARI sumber info: www.utusan.com.my
|
28
Bagus |
20
Marah |
21
Terkejut |
29
Sedih |
23
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akusukaq replied at 8-7-2016 11:35 AM
letak jawatan pun di fitnah tak sebulu dgn bo ss
teruskan jawatan lagi lah di tuduh tamak
tak dap ...
ADVERTISEMENT