Oleh : Dean BZ Foto : telegraph.co.uk Lebih 200,000 rekod sulit mengenai akaun luar pesisir dalam dokumen "Panama Papers" telah diterbitkan secara online pada Isnin, 9/May/2016. Penerbitan kepada umum itu bertujuan untuk mendedahkan salah laku rasuah dan usaha mengelak cukai oleh beberapa individu terkemuka. “Kami fikir ini adalah langkah berikut yang logik dalam penyiasatan,” kata Gerard Ryle yang merupakan pengarah Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), sebuah organisasi berpangkalan di Washington yang menyelaraskan pelaporan rekod-rekod tersebut. “Kami memiliki 370 wartawan seantero dunia yang melihat kepada data, namun ia sangat meluas, saya maksudkan 11.5 juta dokumen,” jelas Ryle. “Kami tahu kami terlepas pandang beberapa perkara.” Ryle berkata, organisasinya berharap orang awam akan mendapat pencerahan mengenai pengeluaran data 'Panama Papers' terbaru itu dan mendedahkan sebarang salah laku yang dikenal pasti. Maklumat tersebut, yang dikeluarkan secara online pada 2 petang EDT dalam pangkalan data boleh dicari, menyenaraikan : 1. Nama-nama dan alamat-alamat lebih 200,000 syarikat luar pesisir dalam kebocoran 'Panama Papers'; 2. Nama mereka yang disenaraikan sebagai pengarah atau pemegang saham syarikat dan firma luar pesisir yang menimbulkan persoalan; dan 3. Identiti berdozen-dozen agensi pengantara yang membantu menubuh serta mengendalikan akaun-akaun tersebut termasuk Mossack Fonseca, firma perundangan Panama yang menjadi punca kebocoran rekod-rekod tersebut. Sehingga kini, hanya beberapa nama yang berprofil tinggi telah menjadi tatapan umum semenjak media di seluruh dunia menerbitkan berita kebocoran dokumen besar-besaran bulan lepas. baca selanjutnya - Bernama-NNN-EFE
|
14
Bagus |
11
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT