sumber foto: http://vectorise.net/ Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menaikkan kadar minimum mas kahwin bagi seluruh negeri Melaka daripada RM40 kepada RM100 berkuat kuasa 1 Jun ini.
Selain itu, kadar upah nikah wali hakim turut dinaikkan daripada RM50 kepada RM100, kata MAIM dalam kenyataannya hari ini. Kadar upah nikah pegawai syarak juga ditambah daripada RM100 kepada RM150 berdasarkan pembahagian berikut imam 1 daripada RM30 kepada RM50, imam 2 daripada RM25 kepada RM35, imam 3 daripada RM15 kepada RM25, bilal daripada RM15 kepada RM20, dan noja (penyelenggara masjid) daripada RM15 kepada RM20. MAIM melalui mesyuarat pada 28 Disember 2015 memutuskan kadar bayaran upah nikah bagi jurunikah, upah nikah wali hakim dan mas kahwin diselaraskan bagi semua masjid seluruh negeri Melaka.
Difahamkan, kadar bayaran upah nikah antara sesebuah masjid di Melaka berbeza hasil kajian selidik Jabatan Agama Islam Melaka.- CARI Infonet sumber berita : www.bernama.com
|
7
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
13
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT