Oleh Izzah Abbasy
Tidak hairan jika pelakon dan pengacara terkenal malah jelita ini digelar jutawan. Menjalankan perniagaan bersama ahli keluarganya, Neelofa sebelum ini telahpun mempunyai produk bersama keluarganya iaitu BellaVita. Kini, beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan dengan jualan kanta pelekap dan tudung di bawah jenamanya, Naelofar. Jualan tudung Naelofa baru-baru ini mencecah RM50 juta, pelakon dan juga usahawan wanita, Neelofa jelas sekali tidak mengambil pusing dengan gelaran jutawan muda yang sering dilabel kepadanya. "Kejayaan yang orang perkatakan itu adalah hasil titik peluh saya dan keluarga. Ia tidak akan berlaku sekiranya saya tampil berseorangan tanpa sokongan dan kerjasama keluarga terutamanya ibu dan ayah saya. Saya bersyukur kerana kepercayaan yang saya peroleh ini akhirnya membuahkan hasil. Saya mahu perniagaan ini berjalan dalam jangka masa yang lama dan bukannya sementara. Jadi fokus saya lebih kepada bagaimana mahu kekal dan mengembangkan lagi perniagaan ini berbanding memikirkan apa yang diperkatakan orang lain kepada diri saya." Memetik laporannya kepada Sinar Harian pula, “Bila pihak kami berbincang semula mengenai berita yang keluar, sebenarnya ia juga memberi kebaikan dan tak nafi juga yang buruk. Dari segi perniagaan, sebenarnya lebih banyak peluang yang kita terima dan pada masa sama kita juga tidak ada sesuatu yang boleh disorokkan” “Saya terima dan tidak kisah jika mereka menggelarkan saya seperti itu dan menganggapnya sebagai satu doa. Saya berharap ia tidak akan mengubah siapa diri saya kerana saya masih individu yang sama cuma mahu menjadi yang lebih baik daripada setiap sudut,” - CARI Infonet Kredit Foto : Neelofa Instagram
|
22
Bagus |
23
Marah |
21
Terkejut |
33
Sedih |
37
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jajabeans replied at 31-1-2016 08:31 PM
Dia ni penulis jgk kan. Xigt suratkhabar apa.. tpi knape eh dia pnulis. Byk pulak masa dia nk menuli ...
sharlenetexas replied at 31-1-2016 09:07 PM
Lofa dan missfake ada tulis dlm suratkhabar berbeza. Tulisan lofa ni nampak cerdik skit dari fake.
kukukatablog replied at 31-1-2016 08:48 PM
tempat aku keje hampir separuh pompuan pakai tudung dia,
ada yang lawa pkai ada yang tak sesuai,
y ...
sharlenetexas replied at 31-1-2016 09:07 PM
Lofa dan missfake ada tulis dlm suratkhabar berbeza. Tulisan lofa ni nampak cerdik skit dari fake.
ADVERTISEMENT