CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Kecewa Ada Pihak Palsukan Jenama Naelofar Hijab

7-4-2016 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 50067| Komen: 396

Description: Baru-baru ini, artis tanah air terkenal, Neelofa rasa amat kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menghasilkan tudung tiruan yang berjenama Naelofar Hijab.

Oleh : TS Loo

sumber foto: google image


Dalam dunia perniagaan, tidak kira jenis perniagaan yang macam mana pun, pastinya terdapat golongan yang akan mengambil kesempatan meniru mana-mana produk yang berjenama popular.


Selain meniru seratus peratus rekaan asal, malah menjual dengan harga yang jauh lebih murah dengan niat untuk mengaut keuntungan.


sumber foto: http://media.themalaymailonline.com/



Baru-baru ini, artis tanah air terkenal, Neelofa rasa amat kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menghasilkan tudung tiruan yang berjenama Naelofar Hijab.


Menurut Neelofa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama beberapa pihak berkuasa tempatan yang lain telah melakukan serbuan di sebuah premis terletak di Gombak, Selangor yang dikesan menjual tudung tiruan jenama tudung Naelofar Hijab.

Hasil siasatan mendapati pemilik premis berkenaan menjual tudung Naelofar Hijab palsu pada harga minimum RM50.

Petang semalam, satu sidang media telah diadakan di Ibu Pejabat KPDNKK Shah Alam, Selangor berhubung kes tudung tiruan yang dialaminya.

Sebelum ini, peminatnya diberi peringatan jangan terpedaya dengan harga murah serta produk tiruan yang menggunakan nama serta fotonya.

Bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak terus berulang, satu pasukan khas telah diwujudkan oleh Naelofar Hijab untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Neelofa dan fotonya untuk mengaut keuntungan.

Gejala meniru memang lumrah dalam dunia perniagaan, apatah lagi produk yang berjenama popular seperti Naelofar Hijab, selain berharap dan yakin pihak berkuasa akan bertindak lebih agresif dalam usaha membenteras sindiket-sindiket produk tiruan. 

Bersabarlah Neelofa, yang penting apa yang kita lakukan adalah kerja halal dan memperoleh rezeki yang berkat. - CARI Infonet



Sumber berita : http://beautifulnara.com/
2

Bagus
15

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 6-4-2016 04:19 PM
sedia menanti berita penuh..

roger roger
Quote maxim 6-4-2016 04:21 PM
Tred lopa lg..ini satu lg petanda lofa bakal menang retis paling popular abpbh -karat lopa

Quote toxicated 6-4-2016 04:22 PM
idakamaruddin replied at 6-4-2016 04:19 PM
sedia menanti berita penuh..

roger roger

klik bideo jah sis.dh tepek
Quote toxicated 6-4-2016 04:23 PM
maxim replied at 6-4-2016 04:21 PM
Tred lopa lg..ini satu lg petanda lofa bakal menang retis paling popular abpbh -karat lopa

memang saja mengundang nok..
Quote toxicated 6-4-2016 04:25 PM
adakah kpdnkk juga akan merampas neelofa sebab beliau dituduh fake oleh haters?
Quote adel7 6-4-2016 04:25 PM
Tudung dia cantik. Mmg selesa pakai. Tp harga dia haduuuu duuuu. Okay laaaa dr tudun paridahhh
Quote maxim 6-4-2016 04:28 PM
Keratan sokkabar
Quote MH37O 6-4-2016 04:30 PM
usaha lelah lah sgt...usaha lelah dok ulang2 mention tudung ko kat Meletops...lelah eh?
Quote animcute 6-4-2016 04:38 PM
Edited by animcute at 6-4-2016 04:41 PM

ala masa pengusaha tudung lain tuduh dia  ciplak orang punya idea boleh pulak kata rezeki masing2...

tak fikir pun titik peluh hasil usaha lelah orang kan...

padan le pun...
Quote kosukeconan 6-4-2016 04:39 PM
lelah usaha menciplak?
Quote bawalputih 6-4-2016 04:42 PM
Kenapa nampak cam tua lam gambar tu
Quote shernazz 6-4-2016 04:48 PM
ahkak.suka tudng ni okeh
baru je borong tudungannabelle ke.ape tah tu....sedap pakai..
perasan cm.neelofa gitu
Quote lotionmilo 6-4-2016 04:52 PM
Memang lah
Orang beli mahal mahal
Pastu kata vietnam mari
Demmittt
Haruslah hangkut semua yang fake ni. Syabas lofa and kpdnkk
Quote de_ikea 6-4-2016 04:55 PM
toxicated replied at 6-4-2016 04:25 PM
adakah kpdnkk juga akan merampas neelofa sebab beliau dituduh fake oleh haters?

Hahaha. Ini lawak.

Berat kerja kpdnkk. Fakezura jgn dilupa
Quote mummy75 6-4-2016 04:57 PM
agak2 tudung fake yg dirampas tu apa kpdnkk buat ek?nak plk bulan puasa dan raya nak mai ni kan...faham2 je la org pompuan sure nk tudung baru
Quote opie5662 6-4-2016 04:58 PM
Lopa..klu ko xnak org ciplak,  mohon jual 15  Hengget sehelai..kompem ciplak tak laku
Quote caplimau 6-4-2016 05:00 PM

nape nmpk lopa mcm tua sgt2 dlm gmbr ni..

Quote sharlenetexas 6-4-2016 05:09 PM
jgn jadi mcm fareeda freedada. gigih sgt daftar hak cipta tapi dia jugak yg jadi peniru.
Quote dafiza 6-4-2016 05:11 PM
Edited by dafiza at 6-4-2016 05:14 PM

Bagus.
Next time kpdnkk rampas juga sellers yang jual perfume fake, jam fake, handbag n kasut fake, makeup fake. Tak kira la sellers online atau sellers yg jual di tepi jalan.

Sellers yg jual handbag fake ni berlagak lebih.

Lihat semua komen(396)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.153148 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top