Oleh Adib Za Antara penyanyi terawal yang memiliki perniagaan restoran di Malaysia, pastinya Datuk Khadijah Ibrahim, dengan restorannya, Khadijah's Kitchen.
Terkenal dengan masakan autentik dan tradisional Melayu, kini Khadijah's Kitchen bakal melebarkan sayapnya ke Los Angeles, Amerika Syarikat. "Kami ditawarkan untuk membuka Khadijah's Kitchen di Los Angeles dan ini adalah satu peluang terbaik bagi mengembangkan sayap perniagaan makanan di luar negara. "Peluang ini secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan makanan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa selain memperkenalkan negara kepada pelancong asing," ujarnya.
(Sumber foto: Utusan Malaysia) "Kita kini telah mengeluarkan 14 pes masakan Melayu antaranya asam pedas, kuah sate, rendang tok, pajeri nanas dan kari kepala ikan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa," terangnya lagi. Baru-baru ini Khadijah telah membuka cawangan terbaharunya di Banda Hilir Melaka dan ia merupakan cawangan ketiga restoran itu selepas Petaling Jaya dan Shah Alam. Malah, penyanyi ini memberitahu bakal membuka cawangan keempat di Port Dickson pada pertengahan Februari. - CARI Infonet Sumber: Bernama (Sumber foto: Bernama)
|
7
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alesandra replied at 19-1-2016 11:43 AM
pes dia tu sapa penah try?sedap tak?ada penah nampak...tapi tak berani nak beli
bulalof replied at 19-1-2016 11:41 AM
Her restaurant here in Petaling Jaya suram dan suam2...
alesandra replied at 19-1-2016 11:43 AM
pes dia tu sapa penah try?sedap tak?ada penah nampak...tapi tak berani nak beli
asamfish replied at 19-1-2016 01:06 PM
kelemahan restoren MELAYU
bila dah laku sikit, mula tak maintain quality
buat caca merba
pearlspth replied at 19-1-2016 12:25 PM
sedap ke makanan kt restoran dia? sape pernah try ?
bulalof: Her restaurant here in Petaling Jaya suram dan suam2...
ADVERTISEMENT