CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9527|Reply: 56

Khadijah's Kitchen 'terbang' ke Los Angeles

[Copy link]
Post time 19-1-2016 11:33 AM | Show all posts |Read mode
KHADIJAH'S Kitchen Sdn Bhd, syarikat milik penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim, akan melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang makanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, dalam masa terdekat ini.
Khadijah's yang juga pengarah urusan syarikat berkata, mereka masih dalam perbincangan dengan pihak di sana serta sedang meninjau lokasi bersesuaian bagi membuka restoran yang menyajikan makanan autentik Malaysia.   

"Kami ditawarkan untuk membuka Khadijah's Kitchen di Los Angeles dan ini adalah satu peluang terbaik bagi mengembangkan sayap perniagaan makanan di luar negara.   
"Peluang ini secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan makanan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa selain memperkenalkan negara kepada pelancong asing," katanya kepada pemberita selepas perasmian pembukaan cawangan ketiga Khadijah's Kitchen di Banda Hilir, Melaka. ‎   

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya juga diminta untuk mengeluarkan pes masakan autentik Malaysia termasuk sup dalam usaha menembusi pasaran halal di negara tersebut.        

Menurutnya, usaha berkenaan akan diakukan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).   

"Kita kini telah mengeluarkan 14 pes masakan Melayu antaranya asam pedas, kuah sate, rendang tok, pajeri nanas dan kari kepala ikan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya.   





Sementara itu, Khadijah yang pernah mengusahakan sebuah restoran di New Zealand berkata, syarikatnya akan membuka 13 francais restoran di seluruh negara melalui pemberian lesen kepada individu yang berminat.     

Antara syarat yang dikenakan kepada pemegang francais ialah mereka perlu mempunyai latar belakang dunia masakan atau pernah berkecimpung dalam bidang makanan bagi menjaga kualiti dan jenama Khadijah's Kitchen.   

Khadijah's Kitchen dijangka membuka cawangan keempatnya di Port Dickson pada pertengahan Februari ini selepas pembukaan restoran di Petaling Jaya, Shah Alam dan Melaka. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 11:41 AM | Show all posts
Her restaurant here in Petaling Jaya suram dan suam2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 11:43 AM | Show all posts
pes dia tu sapa penah try?sedap tak?ada penah nampak...tapi tak berani nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 19-1-2016 11:43 AM
pes dia tu sapa penah try?sedap tak?ada penah nampak...tapi tak berani nak beli

Tak la sedap sangat .sedap lagi suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 11:47 AM | Show all posts
Nak tengok berapa lama boleh bertahan. Kat setapak pun dah tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 11:57 AM | Show all posts
kalau pengunjung komen tak sedap harap tak sentap tetapi memperbaiki lagi masakan... selamat maju jaya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2016 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 19-1-2016 11:41 AM
Her restaurant here in Petaling Jaya suram dan suam2...

Iye ke? Baru igt nak p try.
Agak2 pricey tak food dia. Sedap ke food dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 12:04 PM | Show all posts
packaging pes sheols cantek..ikut design semasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 12:06 PM | Show all posts
alesandra replied at 19-1-2016 11:43 AM
pes dia tu sapa penah try?sedap tak?ada penah nampak...tapi tak berani nak beli

akak pernah beli pes sambal prawn sebegitu lah..
macam haus jah...
pedas tapi rasa macam cili boh gitu jah

yang lain2 akak tak pernah beli lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 12:08 PM | Show all posts
kalau rase hauk, baiki lagi ye.. jgn sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 12:10 PM | Show all posts
usaha tangga kejayaan tok kat .. gud luck
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 12:25 PM | Show all posts
sedap ke makanan kt restoran dia? sape pernah try ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 12:41 PM | Show all posts
i pernah makan kat restoren dia kat nz
sedappp
tp tu tahun 1994 lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 12:52 PM | Show all posts
artis ni kalau bab kedai makan impian dan konfiden dan galmer  je yg tnggi melangit, tapi bab keenakkan sah2 makcik warung tenggek lagi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 01:06 PM | Show all posts
kelemahan restoren MELAYU
bila dah laku sikit, mula tak maintain quality
buat caca merba
especially yang pakai dana gomen!
aku minat kathy
die hard fan gittewww
tp dari pengalaman yang lepas2 ni
sila la cik kathy maintain quality ye
baru bule bertahan lama
tidak la kejap bukan sini tutup sana
bukak sinun tutup situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 01:09 PM | Show all posts
asamfish replied at 19-1-2016 01:06 PM
kelemahan restoren MELAYU
bila dah laku sikit, mula tak maintain quality
buat caca merba

True.. terigt restoran LO MMCR  msa awal2 dulu sedapp sgtt nasi ayam dia..dh ade nama ckit kualiti dah hauk..skg xtaulah camne
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 01:12 PM | Show all posts
pearlspth replied at 19-1-2016 12:25 PM
sedap ke makanan kt restoran dia? sape pernah try ?

klau yg kat pj tu ok lah not bad..laksa johor dia bestt.harga agk mahal tp berbaloi .
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah mkn few times dulu dkat pv setapak. Taste wise ok jugak. Iols amik package lunch on weekdays. Nasi, 1 lauk (ada few options), telur dadar, sayur seciput, sambal belacan dan air sirap. Reasonable dgn enviroment kedai sheols. Tp skrg tak tau ada lg ke tidak kt pv tu. Byk yg dah mati kedai kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 01:42 PM | Show all posts
bulalof: Her restaurant here in Petaling Jaya suram dan suam2...


lauk biase2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:14 PM | Show all posts
tahniah. aku no komen. tak pernah pegi makan lagi kat kedai dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055644 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list