Oleh Izzah Abbasy
Kapten Hasman Hussin, 34 yang dilaporkan hilang di Missouri, Amerika Syarikat Sabtu lalu telah ditemui.
Menurut isteri Kapten, berita itu menjawab persoalan punca suaminya tidak memberi sebarang respon terhadap rakaman klip video telatah anak mereka yang dihantarnya melalui aplikasi Whatsapp pada 26 Disember lalu.
"Walaupun berada jauh, dia menghubungi kami terutama anak sulung lelaki berusia tiga tahun untuk berbual melalui telefon hampir setiap malam (waktu Malaysia)"
Dia berkata, kali terakhir dia bercakap dengan suaminya adalah pada 25 Disember lalu dan sehari kemudiannya suaminya cuba menghubungi mereka melalui telefon tetapi tidak disedarinya.
Mayat Kapten Hasman Hussin yang dihanyutkan banjir di Missouri ditemui kira-kira jam 11 malam waktu Missouri, semalam. Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu.
Pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama empat tentera negara lain dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan air deras di Missouri, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta mereka cuba mengharungi laluan dinaiki air sebelum dihanyutkan. - CARI Infonet
Info : Berita Harian
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|