Oleh : TS LOO
Tahun ini, bukan sahaja masalah politik di negara kita semakin ketara, malah keadaan ekonomi turut tidak begitu memerangsangkan, akibatnya kebanyakan rakyat rasa amat kecewa. Justeru di media sosial wujud banyak kritikan dan luahan tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan sekarang yang sedikit sebanyak membolehkan pembaca turut rasa gelisah. Baru-baru ini, di laman web seorang lagi netizen telah menuilis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan betul-betul rasa kesal sebelum ini memberi sokongan padu kepada Najib. Pada pembukaan surat, netizen tersebut berkata : " Selama ini saya cuba berfikir secara logik akal memberitahu diri saya, sabar menerima segala perubahan yang berlaku kebelakangan ini, namun segalanya boleh dikatakan berubah terlalu pantas. "
"Datuk Seri, saya hanya seorang warga kerja yang makan gaji, walaupun pendapatan saya tetap tetapi kos sara hidup yang meningkat naik bukan saban tahun, dah macam saban bulan, keadaan ini buat saya berfikir adakah negara saya diterajui oleh orang gila?" "Saya turut terasa amat membebankan, apa tak lagi bagi golongan yang pendapatan lebih rendah daripada saya. Kami semua megalami pelbagai beban saraan hidup dan hutang pinjaman." " Saya pernah memberi sokongan padu buat Datuk Seri Najib berikutan perdana menteri sebelum ini iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sering kelihatan mengantuk, tetapi sekarang baru saya sedar, Tun Abdullah sebenarnya tidak seteruk berbanding dengan datuk seri yang menyusahkan kehidupan rakyat dalam keadaan terjaga."- CARI Infonet |
21
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
16
Sedih |
26
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT