Oleh Adib ZA Pengasas kosmetik jenama Qu Puteh, Dato Seri Vida sememangnya menjadi sebutan ramai orang sejak meletopnya program Gegar Vaganza.
Iyalah, sepanjang rancangan itu, tak lekang wajah wanita ini dipaparkan di kaca TV termasuklah iklan-iklan bagi produk Qu Puteh dan Pamoga. Dialah penaja utama yang sanggup melabur berjuta-juta untuk program fenomena itu. Namun, seperti biasa, ada yang kurang menyenangi kelibat jutawan ini kerana dikatakan 'over', gedik dan sebagainya. Malah, baru-baru ini, selebriti Fizo Omar dikatakan telah menyindir Dato' Seri Vida melalui akaun twitter. Menjawab hal itu, ini jawapan Dato' Seri Vida: "Pada malam Ahad lalu selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media.
"Tetapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi, kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah. Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya. "Nawaitu saya cuma satu…Saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan. "Biar apa pun orang kata tentang saya, itu adalah diri saya. Jika orang faham tentang perniagaan, dia akan faham juga tentang strategi orang berniaga. Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. "Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa. Jika mahu berjaya, kita peru sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan. Saya bersyukur kerana akhirnya produk saya diterima dan tagline “Qu Puteh, Qu Puteh..Barulah Puteh” juga turut meniti dibibir masyarakat. Alhamdulillah…mujur ada Pamoga," ujarnya panjang lebar. Nampaknya wanita ini sememangnya langsung tidak mempedulikan perkara-perkara negatif termasuk sindiran, tohmahan dan sebagainya. Mungkin ada sesuatu yang kita boleh pelajari daripada Dato' Seri Vida, kan? - CARI Infonet Sumber: Beautifulnara |
14
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
12
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 16-12-2015 10:41 AM
Masa ajl ke hape tah dulu bila semua pengacara terpaksa sebut tagline dgn gaya sekali, semua org ben ...
ADVERTISEMENT