Oleh Izzah Abbasy
Gejala tinggal serumah dengan bukan mahram dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar IPTA, IPTS dan anak muda zaman ini. Umum mengetahui, ramai pelajar atau anak-anak ini menyewa bilik atau rumah jika mereka tidak dapat tinggal di dalam kolej. Sekaligus, mereka tidak akan mengikut undang-undang kolej seperti pelajar lain dan keinginan tidur bersama teman lelaki tidak menjadi salah pada mereka. Telah menjadi viral ketika ini apabila ada gadis yang tanpa segan silu ingin menyewa rumah dan menyatakan ingin teman lelaki tinggal sekali merupakan trend di Bangi. Sedia maklum, penulis juga pernah jumpa iklan sebegini dahulu dan berasa pelik tetapi tidak pasti pula rupanya ia sudah berleluasa ke seluruh negeri. Perkongsian daripada Facebook Warga Prihatin ini betul-betul buka mata netizen dan orang ramai bagaimana anak gadis hari ini lemas dengan nafsu duniawi. Wallaualam. - CARI Infonet SETERUK INI AKHLAK ANAK GADIS KITA? Teks berikut ini adalah antara seorang gadis Islam yang ingin menyewa rumah. Antara syarat yang diinginkan ialah agar bebas membawa teman lelakinya masuk rumah. Apabila dilarang, dengan bersahaja dia katakan syarat itu pelik dan sudah ketinggalan zaman. Trend sekarang ini semua penyewa di Bangi diizinkan bawa balik teman lelaki. Jika dahulu lelaki bawa gadis balik kerumah untuk di'ratah'. Kini sudah terbalik. Perempuan pula yang mengundang lelaki balik ke rumahnya. Sebenarnya tabiat ini tidak hanya berlaku di Bangi, tetapi sudah menyeluruh. Sebelum ini ada kami kongsikan aduan seorang ibu yang 'terduduk' dengan ungkapan anak gadisnya berusia 13 tahun yang ditegur kerana keluar malam dengan teman lelakinya. Anak itu yang baru pulang dari asrama tanpa rasa bersalah memberitahu, di asrama pelajar lelaki dan perempuan tidur sama pun orang tidak ada orang yang bising. Perkara yang sama turut dikongsikan oleh seorang anak kami yang belajar di universiti. Beliau yang berkongsi sewa rumah dengan rakan pelajar perempuan lain mengadu rakan-rakannya sering membawa teman lelaki mereka ke bilik. Habit itu bermula sejak seawal bulan pertama pengajian mereka. Itu sudah menjadi kebiasaan rupanya. Seorang yang berniaga di kedai bawah pangsapuri yang ramai disewa oleh pelajar sering memberitahu kami beliau sering menjumpai banyak kondom yang dibuang penyewa dari tingkat atas di kaki lima deretan kedai itu. Perkongsian dengan ramai pensyarah Universiti, guru sekolah, doktor dan pegawai polis yang prihatin turut mengesahkan gejala sosial yang parah di kalangan ramai pelajar sekolah dan universiti hari ini. Banyak tangkapan, pengguguran haram bahkan kelahiran luar nikah yang tidak dilaporkan kerana menjaga aib institusi, pelaku dan keluarga yang terlibat. Inilah cabaran ibubapa.dan warga pendidik hari ini. Berwaspadalah... ALLAHUMMA SALAAMATAN FIDDIEN...
|
6
Bagus |
12
Marah |
27
Terkejut |
23
Sedih |
19
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
irwansuhadi: bangi? unikl? kuis? ukm?
ADVERTISEMENT