CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Terkejut Dapat Berita Kekasih Meninggal Dunia Akibat COVID-19

23-2-2024 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9362| Komen: 38



Penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun berkongsi berita duka apabila perkenalan dengan seorang wanita Indonesia tidak berpanjangan kerana wanita itu menjadi korban Covid-19 sekitar tiga tahun lalu.

Kata pemilik Mohammad Hafiz Hamidun, 40, walaupun terkejut dia menerima ketentuan Allah itu dengan hati yang terbuka.

“Dia meninggal dunia disebabkan Covid-19 pada tahun 2021. Saya dapat tahu pun daripada ahli keluarga terdekatnya.

“Saya terkejut namun reda kerana ketika itu sesiapa yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 harapan tipis untuk hidup,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar Konsert Zikir Dikir, baru-baru ini.

Bagaimanapun, bekas ahli kumpulan UNIC itu tidak menolak sekiranya ada jodoh untuk berumah tangga selepas ini memandangkan anak angkatnya, Hamdee Abdul Hafiz kini sudah berusia empat tahun.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, tahun ini saya dah 40-an, anak pula empat tahun, kalau dulu mungkin susah sikit nak uruskan banyak perkara tetapi sekarang dia dah makin besar, jadi ada kelapangan masa.

“Pada saya nak ada rumah tangga kena ada komitmen, saya nak set balik minda sebelum bercinta tetapi pada masa akan datang saya tak menolak andai ada jodoh,” kongsinya.

Selepas hampir tujuh tahun menduda, soalan berkaitan jodoh sering diajukan kepada anak jati Perak itu.

Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan yang dikenali sebagai Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan lima bulan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 23-2-2024 03:39 PM
Ini gosip ka ha nat??
Menda dh 3thn
Quote KamikuP 23-2-2024 04:00 PM
Ko toksah kawin le nok.. enjoy je hidup sorang2.. nnti dah tua duit berkepuk bole masuk rumah org2 tua yg elit.. ekekeke
Quote ashilalat 23-2-2024 04:11 PM
Dia ni sesuatu ke
Quote LadyCarefree 23-2-2024 04:23 PM
Kahwin je lah dgn Shu.
Quote laksmanabentan 23-2-2024 04:36 PM
hahahahahaha.... tiberrrrrrrr......
Quote exclusive_vvip 23-2-2024 04:37 PM
Uols percaya ke citer dia ni?
Quote KiddInc 23-2-2024 04:38 PM
apis...g la kawen...xde sape larang pis....usah diingatkan kisah silam....move on pis..move on...
Quote PinkyPie 23-2-2024 04:41 PM
Ingatkan ada variant baru ke apa, citer lama rupanya.
Quote BellaThePrinces 23-2-2024 04:42 PM
dia macam...ehh tiberrrrr

oh...nk buat konsert upernya
Quote airmineral 23-2-2024 05:17 PM
joirepah tu pun indonkah?
Quote caprut 23-2-2024 06:25 PM
Bekas kekasih laki ke perempuan?
Quote cicicumel 23-2-2024 06:26 PM
airmineral replied at 23-2-2024 05:17 PM
joirepah tu pun indonkah?

Joy dh selamat kawin lelaki hensem
Quote Rogue98 23-2-2024 06:37 PM
Apa2 jer lahhhh...
Quote likilu 23-2-2024 07:09 PM
Duda berhias mana
Quote beta_carotene 23-2-2024 07:09 PM
fefeelingzzzz
Quote imransulaiman 23-2-2024 07:20 PM
Ni mesti reputs tanya soalan bila nak kawin ni. Tu sebab dia bagi alasan kekasih mati disebabkan kobid. 3 tahun kot! Kalau betul nak kawin, dah lama kau cari calon pengganti pissss. Tu je lah modal. Nak keluar lemari, tak boleh...

Astaghfirullah... Na'uzubillah
Quote sleepandream 23-2-2024 07:56 PM
dah ada anak angkat pun...
Quote Binodino 23-2-2024 08:00 PM
Mungkin pacik jeri & johan sehari boleh bagi alasan makwe ikan keli mati dek covid
Quote DeLuna85 23-2-2024 08:11 PM
Betul ke? Ntah2 kenal dkt media sosial lepastu indon tu buat2 cerita konon dah mati.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.152153 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top