SEDAR dirinya tidak berbakat dalam bidang lakonan, penyanyi terkenal Anuar Zain mengakui tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon selepas kali terakhir muncul menerusi filem Bintang Hati pada 2004 bersama Amy Mastura. Anuar ketika ditemui semasa konsert AZ40 Up Close & Personal baru-baru ini berkata, dia sedikit pun tidak berasa rindu untuk kembali berlakon walaupun selepas 20 tahun kerana tidak yakin dengan kebolehannya dalam seni lakonan. "Saya langsung tidak rindukan lakonan. Hidup ini sudah cukup sandiwara. Saya tidak pandai berlakon sebenarnya. Bila pengarah sebut ‘action’, saya akan jadi kaku walaupun sudah menghafal skrip,” kata Anuar kepada HibGlam. Ujar pemilik nama lengkap Shahrul Anuar Zain, 53, itu lagi, dia dilahirkan bukan untuk menjadi pelakon, sebaliknya sebagai penyanyi. Bahkan, adik kepada penyanyi terkenal Ziana Zain itu malu apabila hasil lakonannya pernah dipersenda orang ramai.
"Saya tidak dilahirkan untuk jadi pelakon tetapi sebagai penyanyi. Saya jadi malu bila orang ketawakan saya,” jelasnya. Selepas muncul dalam filem Bintang Hati, Anuar mendedahkan ada menerima beberapa tawaran lain, namun menolaknya dengan baik. “Tawaran itu tetap ada, tapi saya menolaknya sebab sedar diri, saya tidak berbakat dalam bidang lakonan. Biarlah bidang ini (lakonan) dipelopori oleh mereka yang berbakat dalam bidang sepatutnya. Sebagai penyanyi, saya akan menyanyi sahaja,” katanya.
|
menjad: Napa.lah ko tak kawen bang nua ...
gerbera.memopad: Tapi Bang Nuar berlakon dalam ...
hayrin86 replied at 24-2-2024 09:36 AM
Anuar Zain adalah contoh penyanyi yang juga bekas pelakon di samping Ernie Zakri, Misha Omar, Nurul ...
green~tea replied at 24-2-2024 12:32 AM
Byk sgt cucuk.. rosak muka..
Biar je laa kedut bang nuar oii... pakai peptides serum tu... but i gu ...
hyie replied at 24-2-2024 03:17 AM
chop2 kak mitch dengan ernie berlakon citer apa? macam ingat2 lupa yang kak mitch tu, maybe di zam ...
menjad replied at 23-2-2024 03:18 PM
Napa.lah ko tak kawen bang nuar ... Rugi.plak rasa
ADVERTISEMENT