Datuk Seri Najib Razak yakin perayaan Deepavali disambut dengan penuh semangat muhibah sekali gus memupuk tali persaudaraan dan keharmonian lebih kukuh dalam kalangan semua kumpulan etnik di Malaysia. Perdana Menteri dalam perutusan Deepavali 2015 yang akan disambut masyarakat beragama Hindu esok berkata, rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat mengamalkan tradisi yang diamalkan sejak turun-temurun dengan amalan kunjung mengunjung. "Kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu, saya bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali."
Berita selanjutnya : bharian.com.my
|
ADVERTISEMENT