CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Sedia Undur Diri - Mukhriz Mahathir

9-11-2015 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8161| Komen: 27

Description: Tegas Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sekiranya rakyat di negeri ini sudah tidak lagi menyokongnya, saya sedia mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kedah ...
                                                           




Sekiranya rakyat di negeri ini sudah tidak lagi menyokongnya, saya sedia mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kedah dan menyerahkan kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat menjelang PRU14.


Demikian kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir 
ketika diminta mengulas mengenai viral yang dimuat naik oleh pemilik akaun Edisi Siasat yang menyebut 'Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno'.
         

"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," 




Berita selanjutnya : sinarharian.com.my




                                       

4

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 9-11-2015 09:15 AM
masuk dap je la mukris oii
Quote GhostWalking 9-11-2015 12:30 PM
Mukhriz sedia lepas jawatan dengan bersyarat
Adam Abu Bakar
| November 9, 2015

Beliau akan berbuat demikian sekiranya rakyat Negeri Jelapang Padi itu tidak lagi menyokongnya



PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia melepaskan jawatan yang disandangnya dengan bersyarat.
Beliau akan berbuat demikian sekiranya rakyat Negeri Jelapang Padi itu tidak lagi menyokongnya.
“Namun jika dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Pengerusi UMNO Kedah itu berkata demikian bagi mengulas mengenai viral yang dimuat naik pemilik akaun Edisi Siasat yang memyebut ‘Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan UMNO’.
Status tersebut menjadi viral di Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Kedah dan UMNO Pusat di Dewan Seri Mentaloon.

Quote senahsanasini 9-11-2015 12:56 PM
adohaiiii
dimana profesionalisme pemimpin kita niiii...
Quote afal1495 10-11-2015 12:27 AM
undur saja lah..
Quote dauswq 10-11-2015 12:29 AM
adun lada berkeras nk mengganti kah?
Quote afal1495 10-11-2015 12:35 AM
yg menggantikan tu kene atas lantikan pm & mendapat persetujuan sultan..

klu rasa tak boleh kerja dgn boss sendiri, buat apa ler nak retorik lagi kununnya rakyat kedah memerlukan mu..
Quote mommymonster82 10-11-2015 02:00 AM
afal1495 replied at 10-11-2015 12:35 AM
yg menggantikan tu kene atas lantikan pm & mendapat persetujuan sultan..

klu rasa tak boleh kerja ...

Secara peribadi..me rasa kalu mukhriz letak jawatan BN susah nak menang kat kedah.. orang kedah lama2 masih hormat pada tun M...
Quote scorpionkiki 10-11-2015 02:09 AM
Aku ada pi satu program di satu kawasan ni...kebetulan mukriz ada situ utk program yg lain...dan dia just nak take a look yg program I pi tu...terkejut tengok Cikgu lelaki/perempuan kalut nak berselfie dgn mukriz...gaya filmstar pulak dgn kamera/phone bertalu talu ambik gambar dia...dikerumuni sebegitu sekali...
Quote zjen 10-11-2015 02:39 AM
iols nak tanya   ....  ada undang tak masa PRU setiap parti cuma boleh hantar satu wakil  ....  kalu xde,   mukriz dan semua penentang Najib dlm UMNO x yah keluar parti,   masa PRU boleh juga tanding atas tiket BN,   chedet dan mihidin boleh bergabung kuasa dlm UMNO dan hantar wakil sendiri


  PR x mungkin dpt mencabar UMNO dan PAS kat 4 negeri di utara


Quote zjen 10-11-2015 02:44 AM
PRU akan dtg,   kak mah konpem xkan kasi semua penentang dia dlm parti utk jadi calon


so skang cuma dua jalan,   samada sebelum PRU dpt desak najib letak jawatan   ....   atau menjadi team B UMNO utk bertanding ,  tgk team siapa yg menang byk akan jadi presiden parti dan PM
Quote afal1495 11-11-2015 12:06 AM
mommymonster82 replied at 10-11-2015 02:00 AM
Secara peribadi..me rasa kalu mukhriz letak jawatan BN susah nak menang kat kedah.. orang kedah la ...

BN terlepas Kedah dulu sebab tsunami politik.. ler nih momentum tu dah takde, PAS pun dah mula kucar-kacir sejak DSAI ke dalam..
bila Nik Aziz takde, pintu bekerjasama dgn BN dah dibuka sejak PAS terasa di ayam2 kan dgn rakan pakatan yg lain..

klu PAS dah ada, perlu sgt ker Muhkriz nih utk BN menang di Kedah..??
Quote afal1495 11-11-2015 12:10 AM
zjen replied at 10-11-2015 02:39 AM
iols nak tanya   ....  ada undang tak masa PRU setiap parti cuma boleh hantar satu wakil  ....  kalu ...

klu ahli UMNO, tak terpilih bertanding atas tiket BN tapi still teringin sgt nak bertanding so kene bertanding atas tiket bebas la..
automatik kene tendang kuor dari UMNO..
Quote penang#1 11-11-2015 12:33 AM
turun sajalah mukriz. tunjuk jantan sikit
Quote c===8 11-11-2015 12:59 AM
bn ada harapan ke pru nanti?
baik mukriz cepat2 masuk pas
Quote afal1495 11-11-2015 01:20 AM
penang#1 replied at 11-11-2015 12:33 AM
turun sajalah mukriz. tunjuk jantan sikit

dia tunggu kene kick utk jadikan isu, dan kemudian bolehlah diangkat sebagai hero..
Quote afal1495 11-11-2015 01:26 AM
c===8 replied at 11-11-2015 12:59 AM
bn ada harapan ke pru nanti?
baik mukriz cepat2 masuk pas

klu ikut scenario sekarang, dgn anwar kat dlm.. PAS & DAP pun bertelagah lagi, masalah dalaman PAS dgn org2 kuat join PAN..

yer, masih ada harapan lagi malah lagi cerah drp pru yg lepas.. itu pasal ler Mukhriz nih still nak maintain jadi MB, rakyat Kedah masih memerlukan khidmatnya ler kununnya..
Quote zjen 11-11-2015 03:03 AM
afal1495 replied at 11-11-2015 12:10 AM
klu ahli UMNO, tak terpilih bertanding atas tiket BN tapi still teringin sgt nak bertanding so ken ...

tapi kalu ada kuasa ke dua dlm UMNO dgn sokongan majoriti ahli,  kuasa ni tetap nak bertanding atas tiket BN,   so apa salah nye.... amender plak otomatik keluar,    Najib sendiri yg patut keluar sbb ada masalah 1MDB
Quote sejahtera 11-11-2015 05:07 AM
scorpionkiki replied at 10-11-2015 02:09 AM
Aku ada pi satu program di satu kawasan ni...kebetulan mukriz ada situ utk program yg lain...dan dia ...

gambar memang jadikan taktik mukriz,

sebelum PRU 13,
gambar muka Mukriz banyak kat banner,
buat seminar, jemput Dato Mustapa, Tok Yiddin mai resmi,
masuk masuk hi way boleh nampak muka Mukriz,
jadi imej Mukriz dah mula masuk minda  orang Kedah....
masa tu dah agak sesuatu,
takde pengalaman dan seniority, naik heli terus potong q, last2 Dato Bashar kena bagi jalan....

macam mana boleh menang dlm pru, tanya org kampung waktu kempen PRU......




Quote sejahtera 11-11-2015 05:22 AM
........  dah nd MB Kedah,

apa apa program , mesti ada gambar beliau dalam banner,

imej dia custom made ikut jenis program, kebanyakan pakai imej orang muda,

kalu yg ceramah agama siap pakai serban

penasihat imej peribadi memang pandai....

//////////''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

so far apa yg dia buat???

ikut jejak bapa dia...

tuntut Penang bayar sumber  air Sungai Muda kerna tak tebang kawasan tadahan...

bina airport...   dua dua isu ini Penang tertekan...

...............................................................................

skang nasib baik ada pelaburan dari China....  usaha dari kerajaan Pas dulu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058377 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top