Usahawan, pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa mengumumkan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasut berjenama mewah miliknya pada satu karnival preloved yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari ini. Neelofa, 34, mengambil keputusan itu kerana menurutnya kebanyakkan kasut tersebut sudah tidak lagi digunakan lagi. Jelasnya lagi di Instagram Stories, lebih banyak dijual secara preloved dengan harga yang murah berbanding tersimpan di dalam kotak. "Saya nak buat preloved kasut-kasut saya yang sangat banyak. Saya ada jenama Louis Vuitton, Balenciaga, Prada dan banyak lagi. Semua kasut-kasut ini saya dah tak pakai sangat sekarang.
"Kasut-kasut ini kalau tak dalam kotak je, tak tahu nak pakai bila. Ada satu kasut yang harga RM14,000 tapi nak jual RM1,000 je. Ada yang belas-belas ribu dan puluh ribu, jual RM400, RM500 je la. Ada yang nak jual RM200, RM300, ikut harga yang nanti kita letak," katanya. Pada perkongsian sama, isteri pendakwah bebas, Haris Ismail itu mengingatkan bakal pembeli bahawa kasut yang ingin dijualnya adalah yang pernah dipakainya (preloved) dan bukan kasut baru. "Cuma saya nak beritahu, kasut ini semua 90 peratus yang sudah saya pakai, selebihnya belum pakai. Jadi jangan jangka ia dalam keadaan yang sempurna. Ini semua preloved yang saya pakai', ujar ibu kepada Muhammad Bilal.
|
codenamedream replied at 5-2-2023 06:49 AM
Selipar karat tu yg plg Mahal
5k sebab paling kuat bau kaki
she replied at 5-2-2023 07:50 AM
1. Dah tak pakai kasut daring sebab sibuk nak kejar anak(s) bakalan plural
2. Buat modal cover loop ...
Rogue98 replied at 5-2-2023 12:30 AM
Dah 2 tahun dia berniqab...kahwin paksetad....baru skrg dia nak letgo kasut LV, Balenciaga blablabl ...
ADVERTISEMENT