Datuk Aaron Aziz, 47, memuji usaha pengkarya tempatan yang berani menghasilkan pengisian kandungan di luar kotak meskipun penghasilan naskhah seperti itu mungkin diselar. Menurut aktor itu, naskhah yang mengetengahkan jalan cerita mengenai kumpulan gengster misalnya, tidak semestinya dilihat dari sudut negatif kerana setiap produksi turut menyelitkan nilai positif.
“Pandangan masyarakat kita ini ada kalanya kelakar. Kalau drama atau filem gengster tempatan disiarkan di kaca televisyen, kononnya boleh menggalakkan budaya tidak sihat dan jenayah. “Tetapi, bagaimana pula dengan karya luar yang mereka tonton di saluran lain? Sekarang ini, dengan adanya platform penstriman seperti YouTube, Netflix, Viu, IFlix, Apple TV, semua orang boleh ada akses untuk tengok genre pilihan mereka. “Hendak kata cerita gengster kita boleh beri pengaruh tidak baik pada anak-anak, ibu bapa kena mainkan peranan. Ini bukan soal cerita kita tidak baik, tetapi pemantauan ibu bapa terhadap bahan kandungan yang ditonton,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain itu, kata Aaron, tidak adil untuk meletakkan hukuman kepada karya tempatan kerana sekatan itu akan membataskan kreativiti anak tempatan dalam menghasilkan naskhah. Berikutan itu, jelas pelakon filem KL Gangster ini, ibu bapa harus bertanggungjawab untuk memantau bahan kandungan yang ditonton anak-anak mereka, sama ada di skrin televisyen atau media sosial. “Anak-anak sekarang semua ada akses internet. Untuk tengok apa sahaja, mereka boleh google dan buat carian, sama ada yang baik atau tidak elok. Ibu bapa kena ambil tahu bab ini dan periksa apa yang ditonton anak-anak. “Saya dan isteri buat perkara sama terhadap anak-anak. Tidak cuma di kaca televisyen, penggunaan media sosial juga boleh membawa unsur negatif, contohnya buli siber. “Tidak cuma golongan remaja atau anak-anak, buli siber juga berlaku dalam kalangan orang dewasa. Jadi, didik anak-anak untuk elak melakukan hal begitu dari awal,” katanya. Aaron berkata demikian sebagai mengulas reaksi segelintir pihak terhadap drama Projek High Council yang disiarkan di Astro Ria yang beranggapan, naskhah seperti itu boleh membawa pengaruh jenayah buli dalam kalangan pelajar sekolah. Drama arahan Anwari Ashraff itu mengetengahkan sisi gelap kehidupan pelajar sekolah berasrama, termasuk insiden buli yang ada di antaranya tidak dihebahkan kepada umum. Antara pelakon yang membintangi drama tersebut ialah Nadhir Nasar, Mierul Irfan dan Naim Daniel. Sumber: Utusan
|
dudaberhias replied at 3-2-2023 10:28 PM
gangster2 dan rempit ni dah soo yesteryears dah dik... bukan di luar kotak lagi dah... tapi dalam ko ...
Perawankota replied at 4-2-2023 04:54 AM
Aku tgk drama/filem 5lion kt YouTube tu hauk sehauk2nya.. Tak tau lah bang Aaron punya ke idok, tapi ...
heythere123 replied at 3-2-2023 10:30 PM
setuju kakadud, memang la ada unsur positif yg dorang letak contohnya bila gengster tu tobat ke ap ...
ezacbee replied at 4-2-2023 06:58 AM
Aku baru nak layan. Cam kartun cite ni. Semua pelakon kepam.
ADVERTISEMENT