CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Seorang Yang Tak Pernah Cincai Layan Peminat, Apa Lagi Golongan Mak-Mak" Sikap Fazura Dipuji Netizen

12-8-2022 04:13 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 10530| Komen: 77







Sejak bergelar isteri pelakon kacak, Fattah Amin, hidup Nur Fazura dilihat semakin lengkap dengan bisnes yang semakin maju dan kehadiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.

Kemana sahaja pasangan selebriti ini pergi, pasti aksi dan perilaku mereka dirakam peminat seterusnya menjadi bualan ramai.

Bukan sahaja mesra dengan keluarga mertua termasuk adik-adik iparnya, Fazura sendiri juga dikatakan tidak sombong dan sangat ikhlas melayan para peminatnya.

Baru-baru ini, tular satu rakaman "video curi" yang dirakam peminat memaparkan tentang bagaimana Fazura melayan peminat-peminatnya yang ingin bergambar.



Dalam video tersebut, Fazura ditemani suaminya dilihat melayan peminat yang ingin bergambar dan dengan spontan aktor cantik itu menarik seorang peminat yang sudah berusia sambil memeluk rapat mak cik tersebut.  

Melihat aksi penuh kasih sayang itu, ramai di kalangan peminat memuji sikap ''humble" Fazura dan tak kurang juga turut menceritakan pengalaman manis ketika terserempak dengan Fazura.



Bertuah Fattah dapat isteri yang cantik, penyayang dan disayangi peminat. Semoga bisnes mereka terus maju dan bahagia hingga ke jannah.




Terdahulu, Fazura berkongsi mengenai perancangannya untuk mendapatkan cahaya mata kedua dan juga berdoa agar dikurniakan tiga cahaya mata. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakko 12-8-2022 04:39 PM
"Bukan sahaja mesra dengan keluarga mertua termasuk adik-adik iparnya, Fazura sendiri juga dikatakan tidak sombong dan sangat ikhlas melayan para peminatnya."

Uppsss..... Boleh tahan ayat ni..
Quote emera 12-8-2022 04:45 PM
Hakak masuk terlalu awal.
Quote September14 12-8-2022 04:46 PM
Senang ckp bkn mcm jahlop la khuens
Quote sora13 12-8-2022 04:48 PM
Gempaklah Faz!

[ig]https://www.instagram.com/p/ChJzLFhPlRP/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]
Quote Nnasda53 12-8-2022 04:55 PM
Sat lg mesti ada yang meroyan.
Kalau tak menikus je.
Quote She-Ra 12-8-2022 05:07 PM

wahhhh betik ke ni?
mesti tix mahal, retis2 lejen pn ramai..  menarikkk
Quote sora13 12-8-2022 05:09 PM
She-Ra replied at 12-8-2022 05:07 PM
wahhhh betik ke ni?
mesti tix mahal, retis2 lejen pn ramai..  menarikkk

Betul, Faz baru habis buat press conference.
Quote sora13 12-8-2022 05:10 PM
Mesti sempena bulan birthday sheols.
Quote KIM.K 12-8-2022 05:13 PM
Kakapaz berusaha keras memenuhi semua kriteria yang disukai ex. So she can invoke dissatisfaction, prolong depression in her ex. That no one can match her majestic beauty. I have to applause
Tapi macamana kalau muka semakin tua nanti. Kirang berdua ni tidak menggembirakan anak
Quote lucky_peace 12-8-2022 05:15 PM
Mmg dari dulu dia bagus layan peminat… masa lps majlis announced dia duta lux dulu, siap ajak peminat2 mkn lagi lps abis event tu..
Quote Diamondmoney 12-8-2022 05:18 PM
Wah harum mewangi yach kaka faz

Tp mmg nmpak dia mesra betol dgn peminat smpai aku pulak terpikir kang berjangkit apa2 kan bawa ke nyammar pulak. Yela da semua fans dia dok peluk. Takde pun nk rasa geli ke apa ke.

Nyammar tu nmpak putih betol makin comel.
Fattah kan mmg putih dr sek kan.aku tgk gmbr dia masa kt uni
Quote Mini.Me 12-8-2022 05:20 PM
Panas laa kekgi sorang tu yang tak reti terima kasih fans bagi gift tiktok itteww
Quote She-Ra 12-8-2022 05:32 PM
sora13 replied at 12-8-2022 05:09 PM
Betul, Faz baru habis buat press conference.

kelassssssss
tp tak dpt nk pegi sb tarikh tu berada di luar kawasan liputan. haih!!

Quote kikilalapooh 12-8-2022 05:34 PM
cantiknya fazura pakai baju kurung pink tudung putih tu. sejuk mata mandang.
Quote namieamuro 12-8-2022 05:39 PM
baju faz yg putih pink tu brand ape? lawa pulak tgk
Quote armin 12-8-2022 06:10 PM
Mesti terpaksa kan dah la covid2 ni dgn ada baby lagi tapi nak buat macam mana. Demi nak jaga hati peminat. Dari dulu lagi memang xpernah dengar dia sombong kan.
Quote opie5662 12-8-2022 06:20 PM
Baru la ade peningkatan hidup.... Walaupon dlu hidup huru hara... Lpas kawen nampak la jadik herlok. Tu baru betul. Ni harap laki je ucetadbebird... Tp perangai pon sama cam haghom.... Takde nampak makin baik perubahan nye... Makin evil lagi ade....
Quote sora13 12-8-2022 06:40 PM
opie5662 replied at 12-8-2022 06:20 PM
Baru la ade peningkatan hidup.... Walaupon dlu hidup huru hara... Lpas kawen nampak la jadik herlok. ...

Ada beza chuols, Faz ni memang dilahirkan baik tetapi tersesat jalan lepas tu kembali ke pangkal jalan, manakala some people are born bad. I said what I said.
Quote Geeayden 12-8-2022 06:44 PM
sora13 replied at 12-8-2022 06:40 PM
Ada beza chuols, Faz ni memang dilahirkan baik tetapi tersesat jalan lepas tu kembali ke pangkal j ...

Lepas Papa faz meninggal, dia duk dgn nenek kat PJ, memberontak la kot, alam remaja

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.128232 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top