CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidung Ashraf Muslim Patah Gara-Gara Lakon Babak Aksi, Dua Jam Cari Pusat Rawatan

12-8-2022 01:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1782| Komen: 12|Original author: Tatod

Description: Pelakon, Ashraf Muslim mendedahkan dia mengalami kecederaan pada hidung ketika melakonkan salah satu babak drama rantaian berjudul Demi.

Pelakon, Ashraf Muslim mendedahkan dia mengalami kecederaan pada hidung ketika melakonkan salah satu babak drama rantaian berjudul Demi.

Berdasarkan laporan mStar, pemilik nama sebernar Muhd Ashraf Muslim itu berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati terutama apabila membabitkan babak aksi pergaduhan.

"Hidung patah dan benda itu kecil hanya kecederaan ringan saja. Cuma ada bengkok sikit hidung ni.


"Macam biasa, perkara sebegini boleh berlaku ketika berlakon. Risiko benda yang kita tak perasan kadang-kala boleh terjadi.


"Walaupun sudah berlatih tetapi apabila benda hendak jadi, tetap juga boleh berlaku sebarang kemungkinan," katanya.

Jelasnya lagi, kemalangan berlaku yang antara dengan salah seorang pelakon terjadi secara tidak sengaja dan Ashraf enggan memanjang isu tersebut.

"Ketika itu, kejadian berlaku di Fraser Hill. Memandangkan di sana tidak memiliki pusat rawatan yang bersesuaian jadi saya terpaksa pergi ke lokasi lain untuk mendapatkan rawatan.

"Saya perlu turun ke bawah dan proses mengambil sekitar dua jam untuk mendapatkan rawatan. Sempat juga saya berhenti tepi jalan sebab nak muntah termasuk pendarahan hidung tanpa henti.


"Saya dimasukkan ke hospital sekitar lima hari sebelum memulakan semula sesi penggambaran," katanya yang mengakui kejadian itu sedikit sebanyak menyebabkan ada rasa takut untuk meneruskan drama tersebut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-8-2022 02:04 PM
nasib baik hidung, kalau alu lesung heols patah lagi ghisauuu bini-bini heols... gitteww... meols tetap bitter dengan heols.. hahahahahaha
Quote ekselen 12-8-2022 03:18 PM
Anak2 beliau sume ikut muka bini2
Quote GegarVaganja 12-8-2022 03:24 PM
ekselen replied at 12-8-2022 03:18 PM
Anak2 beliau sume ikut muka bini2

Anak kiri dan kanan tu dua-dua dari bini berbeza ka
Quote ezacbee 12-8-2022 03:27 PM
ekselen replied at 12-8-2022 03:18 PM
Anak2 beliau sume ikut muka bini2

Baru aku nak tulis. Sikit pun xde ikut muka apaknya.
Quote ekselen 12-8-2022 03:30 PM
Edited by ekselen at 12-8-2022 03:34 PM
GegarVaganja replied at 12-8-2022 03:24 PM
Anak kiri dan kanan tu dua-dua dari bini berbeza ka


aah yg sblh kiri (tali leher maroon) tu anak ngan diyana..yg sblh kanan tu ngan wan sakinah
Quote ekselen 12-8-2022 03:31 PM
ezacbee replied at 12-8-2022 03:27 PM
Baru aku nak tulis. Sikit pun xde ikut muka apaknya.

Kannn...nampak betul kuat genetik belah binik2 beliau
Quote Nunie 13-8-2022 11:29 PM
Aku sorg je ke dia ni one of kayu di malaysiA?berlakon sepesen je..xde rasa kalo tgk dia berlakon..
Quote kiwibenz 14-8-2022 12:24 AM
Anak sek lain2 ke
Quote anony-mous 14-8-2022 12:37 AM
GegarVaganja replied at 12-8-2022 03:24 PM
Anak kiri dan kanan tu dua-dua dari bini berbeza ka

Berbeza . Yg xhensem tu ikut muka kinah bina kedua, yg comel tu ikut muka diyana wife sulung. Senang nau nk teka sbb kopipes sebijik mak masing2
Quote Kiyah 14-8-2022 05:36 PM
I nk tgk lepas serap operate hidung akan jd mcm hidung Lona mekkinja yg berhidung pelik akibat operate hidung lepas patah masa bawa motor..kalau sama barulah meols percaya cerita Lona itewww..dah mcm aneroxia..sorry Lona xlawa  k
Quote Suchi 14-8-2022 06:18 PM
Tgk muka anak dh boleh agak sapa mak dorang.
Quote mojarean_X 14-8-2022 06:56 PM
Bini 1st kan doktor

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055106 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top