CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seronok 'Bahan' Fad Bocey, Netizen Kritik Fizi Ali Tak Kelakar

12-8-2022 01:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3471| Komen: 18|Original author: Tatod

Description: Isu perpindahan penyampai radio Fizi Ali ke stesen Hot FM tidak lagi menjadi bahan perbualan netizen. Bagaimanapun, namanya kembali menjadi sorotan apabila dikatakan menjadikan rakan setugasnya, Fad B ...

Isu perpindahan penyampai radio Fizi Ali ke stesen Hot FM tidak lagi menjadi bahan perbualan netizen. Bagaimanapun, namanya kembali menjadi sorotan apabila dikatakan menjadikan rakan setugasnya, Fad Bocey sebagai bahan lawak.

Menerusi paparan video yang dikongsikan oleh Hot FM di laman Facebook, pemilik nama sebenar Mohd Hafizudin Alimudin itu mengakui dirinya serba-sedikit sudah mengenali keperibadian Fad sepanjang dua minggu bertugas bersama.

Antara perkara yang dikatakan oleh Fizi adalah reaksi wajah Fad yang kelihatan seperti 'gangster' tetapi penggemar minuman koko. Tidak berhenti setakat itu, Fizi juga 'membahan' Fad yang takut pada pocong dan katak.



Bagaimanapun, netizen mengkritik jenaka Fizi yang dikatakan tidak 'menjadi' kerana tidak mendapat sambutan dan gelak ketawa daripada Fad.

Rata-ratanya menganggap ia adalah lawak hambar hingga dilabel sebagai 'DJ syok sendiri'. - CARI








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meah_kelabu 12-8-2022 01:37 PM
same je dua2 ni
yg si fad tu asal berckp je bunyi nk gado
meluat eh
Quote Parit.Hilton 12-8-2022 02:17 PM
si fizi ni aku ingat lepas keluar suria, takde la mana2 stesen nak amik sekali pi masuk hot pulak dah

masa kat suria pun hambar nak mampus.

hot fm ni kerja amik sisa2 tak berkualiti je la
Quote Mini.Me 12-8-2022 04:16 PM
Parit.Hilton: si fizi ni aku ingat lepas kel ...


Ngan suria dia lari kan...tak abis kontrak lagi...tu yg dj lin bengkek aritu
Quote Acikgomen 12-8-2022 04:20 PM
Mamat nih elok bekawan dgn anep DJ era dedolu tuh. Jenis syok sendiri
Acik betaun2 pangkah radio era selain dari iklan terlampau byk, sbb menyampah dgr anep nih la
Quote mesmerize 12-8-2022 04:30 PM
tak best.. takde natural talent sebagai penghibur radio..
paling rindu kat arwah din beramboi masa jadi dj... dia punya lawak sampai paknil ketawa sampai wheezing
pastu all the time dengar dia punya lawak je, paknil tak sempat mencelah sebab sibuk ketawa
Quote Lavender_Violet 12-8-2022 04:34 PM
Dah elok2 dok Suria tu berganding dgn Ajak & Suraya yg boleh cover kelemahan / lawak tak jadi dia tu, nak jugak cabut ke Hot
Sekarang rasain lorhh....
Quote Nnasda53 12-8-2022 04:40 PM
Elok sangat la dia keluar dari Suria fm.
Buat nyemak je.
Quote supernaturalee 12-8-2022 04:43 PM
tp heols herlokkk

tiberhhhh



Quote AshkieLa 12-8-2022 04:49 PM
nak wat camner...
benang2 dia kat sini dengan kontroversi2 dia dgn ex..
pun dah nampak dia ni mcm syok sendiri dan perasan hot.
dapat pulak offer hotfm yg suatu ketika dulu agak gah juga... lagi laa dia fefeeling...

fad tu kalau sekali dia sembur balik, confirm mamat ni koyak and meroyan dalam socmed lepas tu...
Quote AshkieLa 12-8-2022 04:54 PM
Lavender_Violet replied at 12-8-2022 04:34 PM
Dah elok2 dok Suria tu berganding dgn Ajak & Suraya yg boleh cover kelemahan / lawak tak jadi dia tu ...

skang soothing je dengar ajak & suraya pepagi tanpa dia..dulu byk kriikk krrikkkk ...
Quote TomyamPuteh 12-8-2022 05:03 PM
Best lagi Peghelih FM.
Quote Noraniza_Iblis 12-8-2022 05:16 PM

kannn..
herlok naww tengok...
dgn sedap nye.. eh..

haha
Quote supernaturalee 12-8-2022 05:29 PM
Noraniza_Iblis replied at 12-8-2022 05:16 PM
kannn..
herlok naww tengok...
dgn sedap nye.. eh..

heyyy
lm x nmpk chuols
bertapa ea






Quote nakkomenjugak 12-8-2022 05:51 PM
Hotfm dulu megahhhh kotttt
Fafau, fbi, leya, ikhwan...
sekarang merapu terukkkk
patut dihumban masuk tong sampah jahhhh

Quote f@rE-h@n 12-8-2022 06:29 PM
Fad ni bercakap mcm nak bergaduh je lepas si fizi duk panggil dia fad terung. Rasa tak lama si fad ni kat hotfm kalau style gini. Masa ngan fafau n ag ok je dia.
Quote cikkilata 12-8-2022 06:42 PM
Segmen ptg mmg hambar pun.. mcm xde chemistry pun fizi n fad ni.. terlalu mencuba..

Segmen breakfast ha ha ha hangat tu pun semak je bila ada johan... sbb nampak sgt level yg berbeza bila johan bergabung dgn fafau n aegy tu... nasib aegy pandai cover bila johan mencelah dgn lawak bangang..
Quote awexgaban7 14-8-2022 08:55 AM
AshkieLa: skang soothing je dengar ajak & suraya pepagi tanpa dia..dulu byk kriikk krrikkkk ...


betul... better banyak ajak & suraya berdua ja... nk lari sgt kan... silakan la... meolz mmg dah lama tak layan hotfm... bukak suria ja skrg...
Quote awexgaban7 14-8-2022 08:57 AM
mesmerize replied at 12-8-2022 04:30 PM
tak best.. takde natural talent sebagai penghibur radio..
paling rindu kat arwah din beramboi masa j ...

kan... paling best... kelakar sgh arwah din beramboi... pelawak skrg ni jd DJ, perasan ja lebih... lawak tak pon... rasanya netizen dah byk kali komen kat posting mana2 yang dah nyampeh tgk pelawak jd Dj & gelak sndri.. tetap laa jugak nk ambil johan tu..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.140600 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top