CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dibayar Berpuluh Ribu Untuk Menyanyi, Bergelek Yang Bagi Saya Makan" - Ifa Raziah

12-8-2022 05:58 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4796| Komen: 38|Original author: LilRose

Description: Sedia maklum namanya sekali lagi disebut-sebut selepas videonya bergelek dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini, Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
Sedia maklum namanya sekali lagi disebut-sebut selepas videonya bergelek dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini, Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.


Kredit foto: IG

Berkata kepada Kosmo! Online, penyanyi dan juga usahawan itu menjelaskan terdapat dua acara dalam majlis yang dihadirinya iaitu majlis akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.

“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan.


“Sebagai penyanyi dangdut, apa yang saya kena buat adalah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.



Ifa juga menegaskan bahawa dia membuat persembahan hanya selepas ahli agama (ustaz) beredar dari majlis.

“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu.

“Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.

Dia juga menganggap tarian geleknya itu bukanlah suatu masalah besar kerana dia dibayar untuk melakukannya.

“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.

“Dalam Instagram saya ada video penuh. Anda nilailah sendiri. Netizen tidak tahu apa-apa kemudian timbul salah faham,” tambahnya.



Terdahulu, kecoh apabila Ifa dikecam menggamatkan suasana majlis akikah dengan tarian gelek bersama beberapa personaliti lain termasuk Kak KM.

Berpuluh ribu dibayar, takkan Ifa tak nak gelek kan?  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 12-8-2022 06:17 PM
bagi je lah nenek jubo layut nak menopos dah ni bergelek.. dia cari makan kan katanya... halal tak halal dia yang tanggung... mungkin dah tua nanti dah senja2 ke sore dia bertaubat agittewww... kalau terlambat pun heshe yang tanggung... acik porum malas nak layan dah... tengok pun tak kosserrr nak bagi clout ke views dekat bapok2 tua nak menopos dekat majlis scammer tu...
Quote September14 12-8-2022 06:23 PM
Xyah nynyi la suara bkn sedap pun, bella yg bkn penyanyi tu pun lg sedap suara dari hang kak
Quote alieyrina 12-8-2022 06:34 PM
Template jawapan utk org yg sedang diuji dengan kemewahan  
Quote Adrif 12-8-2022 10:48 PM
gelek yang bagi makan???

"Dalam mencari rezeki,
jangan lupa Pemberi rezeki."

niat tak menghalalkan cara

nak cari makan, buat la benda yang tak menimbulkan fitnah

yet again, nothing works with these people..
hatinya dah keras, dah mati.

aku benci dengan sepenuh hati
itu je yang mampu
Quote izat123 12-8-2022 10:54 PM
Lagi geli dengan Kak KM haha
Quote LadyCarefree 12-8-2022 10:56 PM
Saper la bayar dia puloh2 ribu tu?
Quote rayna_raynes 12-8-2022 11:36 PM
Kuruihnya bellastillah
Quote MissVixen 12-8-2022 11:39 PM
Datin seri mana jemput goyang gerudi ni? Rempit betul.
Quote daiman 12-8-2022 11:47 PM
Tokey jamu tu aku perati dia kalau ada majlis apa² terus nampak majlis jadi murahan macam buat majlis kat dewan sekolah. Pakaian tak kena, attitude lagi laaa..
Quote slyfynx 13-8-2022 12:02 AM
So kalau ikut logik ko,
Pelacur pun xpe keje sebab projek tu sumber duit die, x gitu?
Quote Chakila9898 13-8-2022 12:53 AM
MissVixen replied at 12-8-2022 11:39 PM
Datin seri mana jemput goyang gerudi ni? Rempit betul.

bini anaconda
Quote Timortimur 13-8-2022 01:06 AM
Dato seri dgn datin seri?
Apo?masa kena jail kt title palsu dato tu
Ni tup2 dato seri?
Quote gigahertz 13-8-2022 02:51 AM
1.2 Juta warga China tersenyum sinis
Quote FlexyFox 13-8-2022 03:01 AM
O... majlis ulangtahun perkahwinan. Patutlah berhibur sakan. Dlm thread yg satu lagi sebut dlm majlis akikah, terkejut ler aku semalam. Rupanya 2 majlis di mlm yg sama. Seeloknya, kalau nak berhibur gaya begitu,  buatlah pada hari yg berbeza agar tiada kekeliruan dlm pandangan masyarakat.
Quote AnnaSendin 13-8-2022 03:10 AM
Wow... Seteru dah berbaik ker acik liza vs kilometer?
Baidewei, apo2 lah acik ipah. Bergelek tatap tak seksi yach. Ditambah dengan penari latar kertu2 bodi gelebeh terutama ratu jamu tersohor kununnya.
Quote Buritan 13-8-2022 04:26 AM
dudaberhias replied at 12-8-2022 06:17 PM
bagi je lah nenek jubo layut nak menopos dah ni bergelek.. dia cari makan kan katanya... halal tak h ...

Lantaknya.. Allah tego nanti tanggung
Quote Belibis 13-8-2022 10:15 AM
Jahil dan sombong seiring jalan..kalau bebi sima tu ada la jugak sedap tengok..ko?????
Quote bazlina 13-8-2022 10:27 AM
Adrif replied at 12-8-2022 10:48 PM
gelek yang bagi makan???

"Dalam mencari rezeki,

tu laa ipah dah lupa dengan YANG MAHA PENCIPTA dan PEMBERI REZEKI
Quote soulmatte 13-8-2022 10:31 AM
Gelek2 depan jantan dosa cik kak oii.. Jd haram pendapatan tu.. Sebab tu lah dh tua pun perangai tak senonoh lagi. Pergilah Mekah 100kali pun kalau guna duit hasil pendapatan dari perbuatan lagho tak dpt apa2 ganjaran.. Setakat dpt pergi melancong ajerlah. Mudah2an Allah jentik hati cik kak ni utk bertaubat sebelum ajal

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.319770 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top