CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KFC, Pizza Hut Ganti Minuman Pepsi Kepada Coca-Cola

3-8-2022 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5112| Komen: 72

KUALA LUMPUR: Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik francais serta pengendali restoran KFC dan Pizza Hut mengumumkan kerjasama beberapa tahun yang menyaksikan Coca-Cola akan menjadi pembekal minuman kepada cawangan makanan segera itu di Malaysia.


"Bermula Ogos (2022), Coca-Cola Malaysia adalah pembekal minuman KFC dan Pizza Hut, menghidangkan pelbagai minuman Coca-Cola menyegarkan di restoran KFC dan Pizza Hut.

"Semua 1,180 restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya untuk menghidangkan produk Coca-Cola menjelang awal September," kata Coca-Cola Malaysia dan QSR dalam satu kenyataan.


Gambar Hiasan


Sebelum kerjasama Coca-Cola Malaysia-QSR, restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia menghidangkan jenama Pepsi kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR, Nehchal Khanna, berkata kumpulan komited untuk meningkatkan tahap perkhidmatan, inovasi dan kepuasan pelanggan.

"Sejak dua tahun lalu, kami mampu berkembang di sebalik cabaran sedia ada dengan menginovasi semua bidang perniagaan dan akan terus berbuat demikian.

"Kami percaya kerjasama ini akan terus memperluaskan capaian kami dan berharap untuk terus menggembirakan pelanggan," katanya.

Pengarah Francais Coca-Cola Malaysia, Amruta Vaidya, berkata Coca-Cola, KFC dan Pizza Hut percaya dengan falsafah serupa iaitu menjadikan hidangan lebih enak dinikmati untuk rakyat Malaysia.

"Di Coca-Cola, falsafah kami sebagai sebuah jenama dan syarikat adalah sentiasa untuk menjadi sebahagian dan meraikan saat-saat apabila rakan serta keluarga menikmati hidangan bersama minuman Coca-Cola atau mana-mana minuman kami yang enak dan menyegarkan," katanya.

Produk popular, Coca-Cola Zero Sugar, yang akan disediakan di cawangan KFC dan Pizza Hut, adalah sebahagian daripada portfolio 'Simbol Pilihan Lebih Sihat' Coca-Cola Malaysia.

Coca-Cola Malaysia kekal komited untuk menyokong usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia sambil memberikan minuman rasa hebat yang digemari ramai. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 3-8-2022 12:01 PM
kekdahnya, masa iols order pizza kat shopeefood bulan 7, diorang dah tukar pepsi kepada coke. Lagi suka pepsi black.
Quote pooh~key 3-8-2022 12:05 PM
Akak tak tahu nak komen apa sisturrr. Tapi akak nak kredit +1 sis.
Quote mojarean_X 3-8-2022 12:07 PM
Aps beza coca cola klasik & rasa asli mcm dlm gambar tu?
Quote annehuda 3-8-2022 12:09 PM
yg aku perasan kepsi pun dah tak pakai sos cili life dah, die pakai brand swiss bear. rase tak tau lg
Quote trexxxxxi 3-8-2022 12:13 PM
Why? I tak minum Coke
Quote supernaturalee 3-8-2022 12:15 PM
tukar sekali ayam kfc dgn ayam mcd boleh?
ayam mcd besar

Quote mclaren 3-8-2022 12:18 PM
hyie replied at 3-8-2022 12:01 PM
kekdahnya, masa iols order pizza kat shopeefood bulan 7, diorang dah tukar pepsi kepada coke. Lagi s ...

Saya pun prefer Pepsi daripada Coke walaupun jarang minum soda ni.

Pepsi soft sikit rasa dia. Biasa minum pun black juga if beli.
Quote I.K.A888990 3-8-2022 12:27 PM
dah knp pulak tukar
Quote nurul_akmar 3-8-2022 12:33 PM
bestnya coke.. kakaka
Quote ladybugz 3-8-2022 12:35 PM
ok i suka pepsi lg from coke. ok tuje nk bgtau.
Quote kucingitam 3-8-2022 12:39 PM
ayam kecik bila nak tukar dgn ayam besar? improve service dulu la..
Quote chandrahusin 3-8-2022 12:40 PM
Oo ptt hari tu aku beli family bucket dapat coke
Okay la dh 3x beli baru2 ni ayam besar2
Quote aleesyasofia 3-8-2022 12:44 PM
Iolss lebih suka pepsi dari coke.. tp, ikutkan mmg jarang minum air bergas ni.. biasa upgrade milo jer..
Quote kelip2_07 3-8-2022 12:48 PM
dua2 xminum
Quote aechae 3-8-2022 12:51 PM
Tukar pepsi kpd Coke je ke? Mirinda n mountain dew maintain x? So Etika ada dpt kontrak baru dgn mna2 pihak ke?
Quote misc 3-8-2022 12:53 PM
Tapi pepsi lagi sedap dari coke.
Quote ulamalu 3-8-2022 12:54 PM
Prefer coke krn rasa pahit sikit.  Kalau pepsi mcm lg manis dari coke.
Quote ultra78 3-8-2022 01:03 PM
mojarean_X replied at 3-8-2022 12:07 PM
Aps beza coca cola klasik & rasa asli mcm dlm gambar tu?

Classic - Sugar

Rasa Asli - Sugar + artificial sweetener (acesulfame potassium + sucralose)

Gula dlm rasa asli 50% kurang berbanding classic.

Coke zero pula tiada gula,cuma pakai artificial sweetener
Quote mojarean_X 3-8-2022 01:04 PM
ultra78 replied at 3-8-2022 01:03 PM
Classic - Sugar

Rasa Asli - Sugar + artificial sweetener (acesulfame potassium + sucralose)

Wahh thank u....iols baru tau

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.104641 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top