CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyondol Kena Bayar RM2.49 Juta

3-8-2022 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1285| Komen: 2

Description: Sebuah mahkamah China memerintahkan seorang wanita membayar AS$560,000 (RM2.49 juta) kepada isteri kekasihnya kerana hubungan mereka tidak diiktiraf undang-undang negara itu.
Sebuah mahkamah China memerintahkan seorang wanita membayar AS$560,000 (RM2.49 juta) kepada isteri kekasihnya kerana hubungan mereka tidak diiktiraf undang-undang negara itu.


Mahkamah mengeluarkan keputusan itu selepas isteri terbabit memfailkan saman terhadap perempuan simpanan suaminya untuk memulangkan semua harta benda diberikan kepadanya semasa mereka menjalin hubungan sulit.

Lapor Oddity Central, mahkamah berpihak kepada wanita itu dan mengarahkan perempuan simpanan membayar jumlah tersebut kepada isteri kekasihnya.


Gambar hiasan/Forbes

Berdasarkan dokumen dikeluarkan Mahkamah Rakyat Zhuanghe di Liaoning, plaintif dikenali sebagai Li dan suaminya, Wang sudah berkahwin sejak tahun 1991.


Pada 2008, Wang menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain dikenali dengan nama samaran Xiaoxia.

Beberapa tahun lalu, Li mendapat tahu hubungan sulit suaminya setelah mendapati dia kerap memberi sejumlah wang kepada Xiaoxia.

Selepas mengakui hubungan sulit itu, Wang memberitahu isterinya bahawa dia turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun dengan Xiaoxia dan menyara mereka selama beberapa tahun.

Bukti yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan Wang memindahkan sebanyak AS$217,700 (RM970,230) kepada Xiaoxia antara tahun 2013 dan 2020.

Lelaki itu juga membeli dua kediaman bernilai AS$214,700 (RM956,871) dan juga menghadiahkan sebuah kereta berharga AS$128,800 (RM574,034).

Xiaoxia mendakwa dia tidak mengetahui lelaki itu sudah berkahwin dan menyatakan segala wang diterima selama ini adalah nafkah anaknya.

Namun, mahkamah menegaskan kes tersebut adalah mengenai pemilikan aset dan bukan mengenai nafkah anak.

Undang-undang China menyatakan mana-mana pihak dalam perkahwinan tidak dibenarkan membelanjakan harta bersama pasangan tanpa persetujuan mereka.

“Justeru, memandangkan Li tidak pernah memberi persetujuannya untuk `hadiah’ diberikan oleh Wang, maka Xiaoxia kini perlu memulangkan sejumlah AS$560,000 (RM2.49 juta) kepada isteri kekasihnya,” jelas laporan itu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 3-8-2022 12:32 PM
bagus mcm ni
Quote ladybugz 3-8-2022 12:54 PM
bila la akta penyondol ni nk di laksana betul2 kat malaysia ni. skrg bukti siap bervideo lagi. biar penyondol tak kira la ternama atau x kene bayar a large sum of money.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039923 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top