PETALING JAYA – Tindakan beberapa pemuda tempatan membawa motosikal mereka berjumpa dengan sami di negara seberang untuk ‘dijampi’ telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Menerusi sebuah video tular di media sosial baru-baru ini yang dikongsikan seorang pengguna, dapat dilihat upacara membaca jampi yang dilakukan oleh sami berkenaan terhadap dua buah motosikal dihadapannya. “Tambah ‘power’, baru ramai takut,” tulisnya di kapsyen. Dalam pada itu, sami berkenaan turut merenjis ‘air suci’ selain menulis sesuatu pada nombor pendaftaran motosikal tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang beranggapan tindakan tidak masuk akal itu disebabkan pemuda tersebut terlalu obses dengan dunia permotoran atau bimbang akan kehilangan ‘harta dunia’ kesayangannya itu. “Sayang motor abang ini, mungkin dihantar jampi elak orang curi motor kesayangan,” ujar seorang pengguna. “Tambah power, biar boleh terbang di udara tanpa sebarang masalah,” seloroh pengguna lain.-CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT