CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Biadab, Petugas Di Mekah Selamba Jalan Pijak Lapik Letak Makanan

19-7-2022 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4765| Komen: 53

Description: Di Malaysia, biasanya pelapik plastik selalunya digunakan di restoran-restoran yang bertemakan ‘shellout’ untuk meletakkan makanan.
Di Malaysia, biasanya pelapik plastik selalunya digunakan di restoran-restoran yang bertemakan ‘shellout’ untuk meletakkan makanan.

Baru-baru ini di Twitter, satu video menunjukkan seorang lelaki selamba memijak pelapik plastik di mana makanan diletakkan menjadi bualan hangat.

Lelaki berkenaan turut dilihat mengedarkan minuman di dalam kotak untuk jemaah-jemaah wanita yang berada di situ.



Dia kemudian berjalan terus di atas pelapik itu dengan berkaki ayam dan hampir memijak air kotak tersebut namun sempat dicapai oleh salah seorang jemaah yang duduk.

Dalam rakaman, raut wajah mereka nampak seperti terkejut dan terkesima apabila petugas tersebut selamba lalu di depan mereka dan memijak alas tersebut.



Difahamkan walaupun kelihatan biadap, keadaan itu sebenarnya dikatakan sesuatu perkara normal yang dilakukan di Mekah.

Seorang netizen tampil menceritakan pengalaman yang dilaluinya semasa berada di negara berkenaan di mana keadaan itu hanya akan dialami semasa bulan Ramadan.

Difahamkan, makanan seperti nasi tidak akan dihidang di atas pelapik plastik itu sebaliknya semua makanan akan diletakkan di dalam bungkusan sebelum diedarkan kepada jemaah.



Turut memberi penjelasan lanjut, pelapik plastik yang diletakkan itu sebenarnya hanya untuk mengelakkan makanan tertumpah di atas lantai dan dalam masa 10 ke 15 minit pelapik akan diangkat untuk mendirikan solat.

Budaya di Malaysia tidak sama dengan budaya di luar sana, jadi jangan cepat membuat andaian bukan-bukan ya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 19-7-2022 12:37 PM
Org Arab mmg kasar2... apa yg biasa kat sana maybe nampak kasar disini
Quote FOTHER-MUCKER 19-7-2022 01:06 PM
Terus jadi tak apa
Quote she 19-7-2022 01:08 PM
Memang gitu ler
Pepagi depa lempar aje roti subsidi sebesor talam tu
Rakyat asnaf yang ngambek tuk pun usung atas kepala aje

Dorang mana ada istilah ada budi bicara
Quote star_karat 19-7-2022 01:11 PM
Arab kan dogol. Buat2 tak paham pulak kan.
Quote liyamariska 19-7-2022 01:16 PM
Di sebabkn berlaku kt arab saudi, mmg akan berlaku kejutan budaya...
Quote aHoi83 19-7-2022 01:21 PM
I tgk org makan shell out berlapik plastic ni pun mmg dh geli. Plastic tu mmg bersih and ade food grade ke?
Quote allshares 19-7-2022 01:22 PM
1 cite experience from my hubby. deorg mkn dlm talam beramai2, ade satu pak arab ni dia tlg bahagi2 mknan dlm talam tu, pak arab ni selinsing baju sampai lengan, pastu dia bahagi mknan tu guna part tgn ke siku. Geli yah dgn bulu2 lengan yg bnyk tu yekkkk. Tapi dlm yek2 pun hubby iols mkn juga sampai kenyang
Quote batmana 19-7-2022 01:26 PM
dari dia lalu celah bontot org pmpn yg sempit tu, elok lalu depan2 aja

lagipun plastik bkn letak makanan, tu alas dri tumpah mknan aja,

takde isu,
Quote nolya 19-7-2022 01:49 PM
aHoi83: I tgk org makan shell out berlapik plastic ni pun mmg dh geli. Plastic tu mmg bersih and ade food grade ke?

Sorry kalau I katakan begini.  Makan cara shellout tu, bagi I lah, tak ubah mcm kasi binatang makan. Mcm beri kucing makan atas kertas surat khabar terpakai.  Kenapa harus manusia ketepikan adab makan shnga makanan perlu dilambakkan untuk disantap.  Dah tak ade pinggan atau dulang besar ke untuk menata makanan untuk dijamu. Itu bagi sayalah, tak tau bagi orang lain.
Quote kam3n 19-7-2022 01:54 PM
nolya replied at 19-7-2022 01:49 PM
Sorry kalau I katakan begini.  Makan cara shellout tu, bagi I lah, tak ubah mcm kasi binatang makan ...

Sis, kucing pun orang bagi makan dalam pinggan/mangkuk kedai rm2 sekarang. Suratkhabar lama susah nak dapat
Quote tikusmontok 19-7-2022 01:58 PM
nolya replied at 19-7-2022 01:49 PM
Sorry kalau I katakan begini.  Makan cara shellout tu, bagi I lah, tak ubah mcm kasi binatang makan ...

Sepemikiran pulak ngan kak nolya..iols geli ngan mkn style shell out ni, dah mcm barbarian..berkecah2..geli noks.
Quote tobobon 19-7-2022 01:59 PM
syukur dah xde majalah mastika...kalau x mesti dah panjang elaboration citernya ..kemungkinan besar petugas tu kena tulah sebab pijak plastik makanan...contoh...tetiba jatuh sakit ker ....
Quote supernaturalee 19-7-2022 02:04 PM
tobobon replied at 19-7-2022 01:59 PM
syukur dah xde majalah mastika...kalau x mesti dah panjang elaboration citernya ..kemungkinan besar  ...

mimpi pijak bara api
smpi hujung jatuh dlm lautan volcano yg membuak2
esoknya bangun mintk maaf dgn semua jemaah
lps tu xde mimpi tu lg dah
insooooooooof...fussss


done imagine level mastika




Quote sarahmirza 19-7-2022 02:07 PM
nolya replied at 19-7-2022 01:49 PM
Sorry kalau I katakan begini.  Makan cara shellout tu, bagi I lah, tak ubah mcm kasi binatang makan ...

Sis,  kucing2 I makan dari pinggan beli kat lazada... Hari2 cuci macam pinggan makan kita orang... Hahahaha....

Tu yang shellout alas plastik/kertas... Kalau makan atas daun pisang macam mana pulak?
Quote batu kikir 19-7-2022 02:19 PM
Kalau dongar Lobai cerita pasal orang Arob dulu2........hebat2 semua.  Ada tu orang kaya......habis dI infakkan hingga tak de yg tinggal untuk diri sendiri.  Ada Khalifah tu yg terlalu baik dengan rakyat dia sampai sanggup pikul guni gandum sebab takutkan Allah SWT.....ada pulak tu tak pakai pelita hak Kerajaan takut dipersoalkan nanti. Entah mana Lobai dapat cerita merapu ni tak tahulah. Tak masuk akal.
Quote nolya 19-7-2022 02:23 PM
allshares replied at 19-7-2022 01:22 PM
1 cite experience from my hubby. deorg mkn dlm talam beramai2, ade satu pak arab ni dia tlg bahagi2  ...



Kita sllu dengar pesanan etika berjamuan iaitu makan dan ambil makan yg dekat. Jika makanan itu perlu dijangkau, 'minta izin' dgn teman2 semeja hulurkan. Ini sering dilakukan bila kita berjamuan di round table.

Makan ramai2 sedulang ni adalah budaya orang2 Arab dn diamalkan juga di sekolah2 agama M'sia esp ketika majlis yg melibatkan jamuan untuk murid2. Nasi dn lauk dihidangkan sedulang untuk dinikmati seramai 5-6 orang. Ada caranya bila makan sedulang ni iaitu dgn mengaut nasi drp sebelah luar yg terdekat. Spt mencangkul bukit drp bawah, akhirnya bukit yg ditengah akan runtuh perlahan2. So setiap orang yg  menjamu selera, ada ruang tersendiri makanan yg dia kaut. So, ada tertib dn adab makan terjaga. Jika ada daging atau telur yg perlu diingini, mintalah izin kpd teman2 sedulang, jgn je tetiba mencekau je juadah trs.
Kita orang melayu memang tak biasa makan sedulang begitu, apa lagi dgn rakan Arab yg sudah lali dgn cara mereka tersendiri tapi kita tak berapa berkenan.

Quote Tinot7 19-7-2022 02:36 PM
nolya replied at 19-7-2022 02:23 PM
Kita sllu dengar pesanan etika berjamuan iaitu makan dan ambil makan yg dekat. Jika makanan itu  ...

Masa kecik2 iols pun mkn dlm dulang masa kenduri kawen dan kat skolah.. best wooo... sbb masa tu tak pikiaq bersih ke dakk..

Iols tak tau la pijak2 kain alas tuh normal ke dakk kat sana.. tapi kat islamic centre sini pun, takde org pijak2 kertas putih buat alas tuh.. omputih ka, arab ka, pakistani ka, bangladeshi ka.. takde org pijak2..
Quote nolya 19-7-2022 02:36 PM
sarahmirza replied at 19-7-2022 02:07 PM
Sis,  kucing2 I makan dari pinggan beli kat lazada... Hari2 cuci macam pinggan makan kita orang... ...



Yg makan atas daun pisang tu adat India pulak  Ada special signifikant di situ. At least 'pinggannya' ialah daun, bahan alami.  Punyalah kita wanita terpengaruh mmbeli pinggan mangkuk yg mahal2, cantik berbunga2: pyrex laa, arcopal laa, china ware/melamin ware/stone ware, tetiba makanan dihidang atas plastik?
Quote nolya 19-7-2022 02:47 PM
Tinot7 replied at 19-7-2022 02:36 PM
Masa kecik2 iols pun mkn dlm dulang masa kenduri kawen dan kat skolah.. best wooo... sbb masa tu t ...



So do I, masa bersekolah agama dulu, pernah juga jamu dgn kekawan makan sedulang, esp ada jamuan makan selepas perarakan Maulidur Rasul. Masa tu memang tak fikir ape... lapar, makan.....
Arab ni memang ade kurang sikit.  Pernah satu masa  nak breakfast kat kedai Arab ketika umrah dulu, waiter tu nak campak roti besar tu bogel2 atas meja tanpa dialasi pinggan.  Cepat2 I stop dia dn minta roti besar itu dibubuh atas pinggan. Senyum je dia bawa roti atas pinggan dn bagi kpd I. Arab ni memang kasar dn bising. Tak berkenan kita dibuatnya.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.209963 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top